Awasi Tanda-Tanda Diabetes Ini Jika Keluarga Ada Sejarah Diabetes

Assalamualaikum

 

Risiko untuk kena diabetes meningkat jika salah satu atau kedua-dua ibubapa kita menghidap diabetes. Sementara masih muda ini, elokkan anda semak tanda-tanda diabetes di bawah dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengawal bacaan gula anda.

tanda-tanda diabetes

Tanda-Tanda Diabetes:

  1. kebas di bahagian tangan, kaki dan jari-jemari
  2. nafsu makan meningkat
  3. kerap buang air kencing
  4. penglihatan mulai kabur
  5. keletihan
  6. rasa haus yang melampau
  7. luka lambat sembuh
  8. penurunan berat badan mendadak

 

Rasa kebas di tangan, kaki dan jari-jemari boleh membawa kepada kerosakan saraf yang dikenali sebagai diabetic neuropathy. Semestinya ia boleh menggangu aktiviti harian anda kelak.

 

Nafsu makan yang meningkat membuatkan anda makan lebih banyak karbohidrat daripada biasa. Tetapi karbohidrat yang anda makan dan dicerna menjadi glukos tidak masuk ke dalam sel-sel badan anda untuk proses metabolisma sel. Tetapi kekal di dalam darah.

 

Bacaan gula yang tinggi dalam darah akan meningkatkan kepekatan darah. Cecair yang anda minum akan ditarik keluar daripada jaringan dan masuk ke dalam darah melalui proses osmosis. Buah pinggang terpaksa memproses lebih banyak cecair dan mengeluarkannya melalui air kencing. Lama kelamaan buah pinggang akan terbeban dan tidak dapat lagi berfungsi sebagai penapis.

 

Penglihatan yang kabur adalah disebabkan oleh kandungan glukosa yang tinggi dalam darah sehingga merosakkan pembuluh darah. Kornea hilang kekenyalan untuk berfungsi sebagai lensa mata dan menyebabkan mata anda kabur.

 

Keletihan yang anda alami mungkin disebabkan oleh gangguan tidur. Tidur anda terganggu kerana kerap terjaga di waktu malam untuk ke tandas dan minum air.

 

Bila kerap ke tandas, anda juga akan kerap berasa haus untuk mengembalikan cecair yang hilang. Anda perlu minum lebih banyak air untuk memastikan anda terhidrat.

 

Diabetes akan membuatkan sistem imun anda menjadi lemah. Bila terdapat luka, badan anda mengambil masa yang lama untuk sembuh walaupun luka anda kecil sahaja.

 

Berat badan anda turun mendadak walaupun anda tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang lasak. Ini menyebabkan anda kelihatan letih dan tidak bermaya.

 

Adakah anda mengalami tanda-tanda di atas?

 

Percaya atau tidak, diabetes boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih teruk seperti kegagalan buah pinggang, kebutaan dan keletihan melampau. Ambillah langkah untuk mengatasinya secepat mungkin.

 

>> Petua Merawat Diabetes <<

 

Hubungi Ros di 019-367 3245 jika anda perlukan konsultasi untuk mengatasi diabetes anda.

signature SA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge