Kenapa Ujian Hb1Ac Sangat Penting Bagi Pesakit Diabetes?

Assalamualaikum

 

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dilakukan pada tahun 2006, 15 peratus orang dewasa di Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes. Seperti yang kita sedia maklum, peratusan ini semakin meningkat setiap tahun. Ngeri kan? Baru 30 an dah ada penyakit kronik seperti kencing manis. Dari sekarang, anda kena amalkan makanan untuk elak diabetes.

 

Pesakit diabetes perlu mengawal bacaan gula di dalam darah secara kerap. Sentiasa awasi tanda-tanda diabetes. Kebiasaanya di rumah, anda akan melakukan pemeriksaan sendiri menggunakan Glucometer. Glucometer hanya menunjukkan bacaan gula pada masa tersebut.

 

Tahukah anda walaupun bacaan Glucometer menunjukkan bacaan normal iaitu 4 mmol/L hingga 6.1 mmol/L, anda masih perlu menjalani satu lagi ujian iaitu ujian Hb1Ac? Ini untuk memastikan kencing manis anda benar-benar terkawal.

 

Kenapa Ujian Hb1Ac penting

 

Ujian Hb1Ac akan memberikan anda gambaran kawalan bacaan gula dalam tempoh 2-3 bulan sebelum ini. Anda tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian ini kerana ia boleh dibuat pada bila-bila masa walaupun anda telah makan sesuatu sebelum ujian dibuat. Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan paras gula seharian.

 

Bagaimankah ia berfungsi?

 

Hemoglobin, sejenis protein boleh dijumpai dalam sel darah merah. Hemoglobin berperanan untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.

 

Glukosa akan masuk ke dalam sel darah merah dan bergabung dengan Hemoglobin. Lagi banyak glukosa masuk ke dalam sel darah merah, lagi banyak Hemoglobin berglukosa akan dijumpai dalam sel darah merah.

 

Dengan mengukur peratusan Hb1Ac dalam darah, anda akan dapat gambaran purata bacaan gula untuk 2-3 bulan sebelum ini kerana jangka hayat sel darah merah adalah 2-3 bulan.

 

Kebiasaanya, ujian ini perlu dilakukan  2 kali setahun oleh pesakit diabetes. Untuk pesakit diabetes, bacaan perlu kurang daripda 6.5 % untuk memastikan diabetes anda terkawal. Bacaan yang lebih tinggi boleh membawa kepada komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf, kebutaan dan masalah salur darah. Anda perlu memperbetulkan cara anda mengawal gula dalam darah atau mendapatkan rawatan selanjutnya.

 

Ros ingin tekankan di sini bahawa ujian Hb1Ac sangat penting bagi pesakit diabetes. Walaupun bacaan gula yang anda perolehi dengan Glucometer menunjukkan bacaan normal, lakukan ujian Hb1Ac untuk memastikan diabetes anda benar-benar terkawal. Petua merawat diabetes ada Ros kongsikan sebelum ini.

 

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk konsultasi mengawal diabetes dengan supplement tambahan, Vivix. Ramai dah berjaya kawal diabetes mereka. Anda bila lagi?

signature SA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge