Follow:
Diabetes

Penjagaan Kaki Pesakit Diabetes Agar Tak Kena Potong

Assalamualaikum

 

Selalu juga Ros dengar, bila balik kampung orang cerita, ada seorang pakcik / makcik ni baru kena potong kaki. Bila Ros tanya kenapa, orang akan jawab kerana dia ada diabetes.

 

Bagi pesakit kencing manis, anda perlu peka kepada sebarang perubahan pada kaki anda. Cepat-cepatlah dapatkan rawatan lanjut.

 

Ros terbaca ada seorang lelaki ni bekerja di bidang kesihatan. Mungkin dia ingat dia arif tentang penjagaan dan kesihatan dia, maka dia abaikan dan tak peduli tentang kecederaan kakinya. Bila dah teruk, sudah terlambat untuk selamatkan kakinya. Terpaksa dipotong kedua-duanya.

 

Sampai begitu sekali? Ya.. betul…

 

Diabetes boleh merosakkan salur darah di seluruh tubuh kita termasuk di bahagian kaki. Bila salur darah rosak, saraf tidak dapat menghantar signal ke sistem saraf anda. Ini dinamakan neuropati. Bila anda dah ada neuropati diabetes, wajib untuk anda menjaga kaki untuk mengelakkan risiko kaki dipotong.

penjagaan kaki pesakit diabetes

Antara penjagaan kaki yang ingin Ros tekankan:

  • sentiasa periksa kaki anda jika terdapat calar atau keradangan
  • pakai stokin yang selesa, tidak ketat, tidak longgar
  • pakai kasut yang sesuai

 

Pastikan bacaan ujian Hb1Ac anda di bawah 6.5 peratus.

Baca >> Kenapa penting ujian Hb1Ac kepada pesakit diabetes <<

 

Ok.. amalkan tips penjagaan kaki yang Ros kongsikan di atas. Pasti anda tak nak kaki anda kena potong seperti lelaki yang Ros ceritakan tadi.

 

Baca juga >> Testimoni isi tumbuh semula selepas beberapa bulan <<

 

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk konsultasi. 🙂

signature SA

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

5 Comments

  • Reply Hamacaan

    seram kali efeknya diabetes nii
    Hamacaan recently posted…78 Karya Seni Origami Mengagumkan yang Pastinya Menarik PerhatianMy Profile

    5 April 2016 at 11:12 am
    • Reply SirapAnggur

      Ya.. seram sangat Hamacaan. Semoga dijauhkan daripada kita semua.

      5 April 2016 at 11:26 pm
  • Reply Once Kim

    penyakit diabetes termasuk penyakit yang dalam kategori menyeramkan, untuk itu baiknya kita jaga kesehatan kita dengan baik
    Once Kim recently posted…Gulf Logo VectorMy Profile

    7 April 2016 at 7:29 am
    • Reply SirapAnggur

      Betul tu.. lebih baik mencegah daripada mengubati kan..

      11 April 2016 at 11:14 pm
  • Reply titan

    kena jaga baik-baik woo..

    kaki nak pakai lama tuh.
    titan recently posted…Dapatkan CASHBACK dari ShopBack.my dengan penuh kegembiraan.My Profile

    15 April 2016 at 10:24 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.