Makanan Untuk Elak Diabetes Bagi Yang Berumur 35 Tahun Ke Atas

Assalamualaikum

 

Tak dapat disangkal lagi yang makanan orang Malaysia semuanya sedap-sedap belaka. Kalau dahulu nasi lemak dan roti canai hanya untuk sarapan. Kini tidak lagi. Bila-bila masa je boleh makan sehinggakan ada gerai nasi lemak dan roti canai dibuka petang sehingga ke tengah malam. Permintaan sangat menggalakkan kerana gerai tersebut sentiasa penuh dengan orang. 😛

 

Bukan salah peniaga kalau anda kena diabetes atau sakit jantung. Bab pemakanan hanya diri sendiri yang boleh kawal. Lebih-lebih lagi kalau umur dah 35 an ke atas. Anda dinasihatkan untuk mengurangkan makan. Bagi yang masih bawah 35 tahun, anda dinasihatkan untuk bersenam dengan lebih kerap.

 

makanan untuk elak diabetes

Untuk mengelakkan diabetes, makanan berikut perlu dielakkan atau dikurangkan.

 

Makanan Yang Perlu Dielakkan

 

  • makanan tinggi karbohidrat
  • kopi dan teh
  • gula putih
  • makanan yang manis seperti kuih-muih
  • makanan dalam tin
  • garam

 

Jika anda dah ada diabetes, amalkan juga petua merawat diabetes yang Ros kongsikan sebelum ini.

 

Yang perlu ditambah dalam diet seharian adalah buah-buahan dan sayur -sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E.

 

Ros senaraikan makanan yang baik untuk elakkan kencing manis:

 

Makanan Yang Perlu Diambil

 

  • peria ( tumbuhan insulin yang dikatakan boleh menurunkan bacaan gula. Anda boleh cuba >> Resepi jus peria katak dan epal hijau << ini.
  • sayur berdaun hijau seperti bayam dan kale
  • keledek yang kaya dengan vitamin A dan serat
  • beri seperti strawberi, blueberi yang tinggi antioksida, vitamin dan serat
  • kacang seperti kacang hitam
  • buah-buahan citrus seperti anggur, oren, lemon dan limau
  • tomato yang kaya dengan vitamin C, zat besi dan vitamin E
  • Salmon yang tinggi dengan omega-3
  • bijirin penuh, barli dan oat yang tinggi dengan magnesium, omega-3, folat, fiber dan potassium
  • kekacang seperti walnut, flax seed yang kaya dengan omega-3
  • susu rendah lemak dan yogurt

 

Anda juga boleh amalkan supplement sirap anggur atau Vivix untuk memastikan bacaan gula anda terkawal. Vivix merupakan supplement tambahan yang mengandungi 10x ganda Resveratrol yang membantu mengawal paras glukosa dalam darah.

 

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk info lanjut.

signature SA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge