Jenis-Jenis Detoks Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum

 

Mesti ramai yang pernah dengar tentang detoks kan. Apa yang biasa anda fikir, detoks ni nak buang toksik daripada badan. Sesiapa yang nak kurus, mesti tahu pasal detoks juga. Kadang-kadang tu, dah cuba program diet macam-macam. Tapi tak berkesan juga. Mungkin dalam badan anda ada banyak toksin. Sebab tu, anda sukar nak turunkan berat badan.  Jadi, anda kena singkirkan toksin tu dulu. Baru ikut program diet anda.  Detoks sebenarnya ada banyak cabang. Jom tengok.

 

jenisjenisdetoks

Jenis-jenis Detox:

  • Detoks Parasit
  • Detoks Usus
  • Detoks Logam
  • Detoks Hati
  • Detoks Seluruh Badan

 

 

Detoks Parasit

 

Dalam program detoks parasit, kita akan fokus untuk buang parasit daripada badan. Kalau selalu rasa penat, malas, kurang fokus, kulit rasa macam gatal-gatal, itu sebahagian tanda ada banyak cacing dalam badan kita. Sepanjang anda mengikuti program detoks parasit ni, ada makanan yang dilarang seperti gula putih yang merupakan kegemaran cacing-cacing ni. Masa untuk buat detoks parasit adalah masa mereka aktif iaitu semasa bulan mengambang. Kena ikut timing ni kalau kita betul-betul nak singkirkan parasit daripada badan kita.

 

Detoks Usus

 

Usus  adalah tempat di mana penyerapan zat-zat makanan berlaku. Usus terdiri daripada rerambut halus yang bekerja menyerap zat-zat daripada makanan yang kita makan.

Detoks usus akan membersihkan usus kita agar penyerapan zat berlaku dengan lebih optimum. Kalau ambil supplement tapi tak berkesan. Kena buat detoks usus lah tu.

Baca juga Kenapa Detoks Usus Sangat Penting?

 

Detoks Logam

 

Detoks logam dilakukan untuk menyingkirkan logam berat daripada badan. Tanpa disedari, kita terdedah kepada pencemaran logam. Sebagai contoh: Plumbum daripada cat rumah, system perpaipan dan tahan pertanian. Merkuri daripada makanan laut. Kadmium daripada asap rokok. Kalau anda seorang perokok, lagi banyaklah timbunan logam dalam badan anda.

Baca juga Adakah Saya Terdedah Kepada Logam Berat?

 

Detoks Hati

 

Hati merupakan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia dan banyak fungsinya. Antaranya, hati berfungsi untuk meneutralkan racun atau zat-zat asing masuk ke dalam tubuh kita. Jadi, penting untuk melakukan detoks hati untuk memastikan hati kita dapat menjalankan tugasnya dengan cekap.

 

Detoks Seluruh Badan

 

Detoks seluruh badan untuk memastikan anda kekal sihat dan cergas. Dalam program detoks seluruh badan anda perlu mengikuti jadual pemakanan yang disediakan untuk hasil yang maksimum. Detoks ini tak buang parasit dan logam daripada badan. Tetapi lebih kepada pembuang toksin dan diet kurang kalori.

 

Pening tak tahu nak buat detoks yang mana? Jangan risau. Ros sedia membantu.

 

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk konsultasi detoks mana yang anda perlu lakukan dahulu. Jom sama-sama detoks untuk hidup yang lebih bersemangat dan sihat! 🙂

signature SA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge