Panduan Memilih Makanan Yang Menyihatkan

Assalamualaikum

Di zaman yang serba moden ini, gaya hidup dan pemakanan kita bakal menentukan taraf kesihatan kita. Jika makanan segera yang kita pilih, penyakit pun akan ‘segera’ datang kepada kita. 🙂

 

 

Bagaimana nak memilih makanan yang menyihatkan?

  • Roti

Pilihlah roti gandum penuh berbanding roti putih. Pastikan roti tersebut mengandungi sekurang-kurangnya 3-4 gram fiber dan mengandungi kurang 100 kalori setiap keping.

Tips: Sesekali anda boleh bertukar kepada tortillas gandum dan roti pita gandum penuh.

 

  • Produk tenusu

Anda boleh memilih produk tenusu berdasarkan senarai di bawah:

  1. susu skim atau susu rendah lemak
  2. yogurt tanpa lemak atau yogurt rendah lemak
  3. keju tanpa lemak atau keju rendah lemak

Yogurt berperisa kurang menyihatkan kerana mengandungi gula dan kalori yang tinggi.

Tips: tambahkan buah-buah segar atau kering ke dalam yogurt kosong untuk memberikan rasa yang enak.

 

  • Buah-buahan

Pilih beberapa jenis buah-buahan pelbagai warna seperti oren, pisang, mangga, betik, tembikai dan strawberi.

Tips: Untuk menjimatkan belanja, pilih buah-buahan tempatan dan beli ketika musimnya.

 

 

  • Sayur-sayuran

Kita disarankan untuk mengambil 3 hidangan sayur sehari. 1 hidangan bersamaan dengan setengah cawan sayur. Jadi, pelbagaikan warna sayur-sayuran anda untuk mengelakkan kebosanan.

 

  • Ayam / Daging / Makanan laut

Kurangkan makan daging merah. Lebihkan makan ikan. Antara ikan yang boleh dipilih adalah salmon dan mackerel. Buang lemak dan kulit ayam sebelum memasak menu kegemaran anda.

Tips: Pilih ayam organik atau ayam yang tidak disuntik hormon.

 

  • Beras dan pasta

Pilihan yang sihat semestinya beras perang dan juga pasta gandum penuh.

Tips untuk bertukar ke beras perang:

Tambah sedikit beras perang dan masak bersama beras putih. Bila anda dah serasi dengan rasa dan tekstur beras perang, anda boleh kurangkan bahagian beras putih.

 

  • Snek

Sebagai kudapan sementara menunggu waktu makan, anda boleh memilih snek berikut:

  1. kraker gandum penuh
  2. buah-buahan kering seperti aprikot, kismis dan prun
  3. kekacang seperti gajus, walnut dan almond
  4. biji bunga matahari

Tips: pilih kekacang yang dipanggang dan tidak dicampur garam

 

Pastinya kita ingin menikmati hidup ni dengan gembira bersama anak cucu sehingga ke akhir hayat. Jadi, jagalah kesihatan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Pemilihan makanan yang sihat juga akan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi.

 

Jom ubah tabiat pemakanan demi kesihatan kita!

Live life to the fullest!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge