7 Perkara Yang Patut Anda Elakkan Bila Sakit Lutut

Assalamualaikum

Sakit lutut tidak boleh dipandang ringan. Bimbang sakit sikit-sikit je pada mulanya, makin bertambah teruk pula sehingga perlu melakukan pembedahan. Bila lutut anda sakit, elakkan daripada melakukan 7 perkara ini. Point yang terakhir itu sangat penting.

 

Perkara Yang Patut Anda Elakkan Bila Sakit Lutut

 

Berehat terlalu banyak

Rehat yang banyak boleh menjadikan sakit lutut anda makin teruk. Jadi, cari satu program senaman yang selamat untuk lutut anda. Jika kurang pasti pergerakan mana yang selamat, dapatkan nasihat doktor atau ahli terapi fizikal yang bertauliah.

 

Membiarkan diri anda jatuh

Bila anda sakit lutut, anda cenderung untuk terjatuh disebabkan lutut yang sakit dan tidak stabil. Jadi, kurangkan risiko anda jatuh dengan memastikan rumah anda ada pencahayaan yang cukup agar anda tidak tersalah pijak. Setiap kali anda turun naik tangga, peganglah pemegang tangga. Jika anda perlu ambil barang dari tempat yang tinggi, pastikan anda menggunakan bangku atau tangga yang stabil.

 

Mempunyai berat badan berlebihan

Menurunkan berat badan yang berlebihan dapat mengurangkan tekanan pada lutut. Jadi, berusahalah untuk turunkan berat walaupun sedikit. Ada perbezaan tau!

 

Malu untuk menggunakan tongkat atau topang ketiak

Tongkat dan topang ketiak boleh mengurangkan stress pada lutut anda. Anda juga boleh memakai pelindung lutut atau pendakap lutut untuk kekal stabil.

 

Membiarkan kasut anda memburukkan lagi keadaan

Anda boleh memakai pelapik tapak kasut yang lembut untuk kurangkan tekanan pada lutut anda. Untuk mendapatkan pelapik tapak kasut yang sesuai, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.

 

Melakukan senaman berimpak tinggi

Antara senaman yang berimpak tinggi adalah berlari, melompat dan juga kickboxing. Senaman jenis ini boleh mencederakan lutut yang sakit. Elakkan juga mencangkung terlalu lama.

 

Tidak Berjumpa doktor

Anda patut berjumpa doktor ketika kali pertama anda merasa sakit di bahagian lutut. Doktor akan memeriksa lutut dan memberitahu anda apa yang patut anda lakukan untuk mengelakkan lutut anda daripada bertambah sakit. Samada anda perlukan rawatan lanjut atau tidak.

 

Jika sakit lutut anda masih belum hilang selepas beberapa ketika, jemputlah baca entri >> cara kurangkan sakit lutut.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge