5 Kebaikan Air Lemon Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum

Setiap hari kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air. Anda boleh kira sendiri, berapa liter air yang perlu anda minum berdasarkan formula ini: 25 kg berat badan bersamaan 1 liter air. Orang yang mempunyai 50 kg berat badan, perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air. Lebih lagi baguslah. Lagipun air kosong tidak mempunyai sebarang kalori.

Bagi sesetengah orang, sukar untuknya minum 2 liter air sehari. Rasa banyak sangat nak kena minum. Kalau anda nak habiskan minum 2 liter sekaligus, memanglah susah. Anda kena minum sikit-sikit sepanjang hari.

Untuk yang tidak boleh telan air kosong begitu sahaja, apa kata anda buat air lemon. Banyak khasiatnya untuk kesihatan. Jom tengok.

Kebaikan Air Lemon

 

 

  • membantu mengurangkan berat badan

Berat badan berlebihan mengundang pelbagai penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan sakit lutut. Kajian menunjukkan bahawa minum air dapat meningkatkan metabolisma badan kita.

Anda boleh mulakan rutin minum secawan air suam yang dicampur dengan jus dari sebiji lemon untuk kesihatan anda. Paling elok diminum selepas anda bangun tidur semasa perut kosong.

 

  • membantu sistem penghadaman badan

Asid daripada lemon membantu memperlahankan proses penghadaman. Jadi, nutrien daripada makanan yang anda makan dapat diserap dengan lebih baik.

Eloklah anda memesan air lemon suam bersama menu makan tengahari yang menyihatkan. Tinggalkan air berkarbonat yang tinggi gula dan tinggi kalori itu.

 

  • membersihkan hati

Hati mempunyai tugas yang sangat berat. Setiap hari hati kita perlu menapis bendasing dan toksin dalam darah kita. Dengan mengamalkan air lemon setiap hari, enzim yang terdapat dalam air lemon dapat merangsang hati untuk menjalankan fungsinya dengan lebih baik. Seterusnya, toksin dapat disingkirkan daripada badan kita.

Amalkan air lemon sebagai minuman detoks anda setiap hari.

 

  • meningkatkan sistem imun badan

Lemon kaya dengan Vitamin C yang penting untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Bila sistem pertahanan badan kita kuat, kita akan kurang jatuh sakit. Vitamin C juga penting untuk melawan radikal bebas yang sering dikaitkan dengan penyakit dan penuaan.

Sebab itu, jika kita demam atau selesema, kita akan disarankan untuk mengambil dos Vitamin C yang lebih.

 

  • memperbaiki kulit

Antioksidan yang terdapat dalam lemon dalam melindungi kulit kita daripada kerosakan. Ini termasuklah jerawat, sunburn dan garis-garis halus di wajah.

Dengan mengamalkan air lemon, kulit anda juga kekal terhidrat dan tidak kering.

 

Jom tengok bagaimana nak buat air lemon yang senang ni. Seminit dua je dah siap.

  • Untuk bahan-bahannya, anda perlukan air dan lemon.
  • Perah sebiji lemon untuk ambil jusnya dan campur dengan air suam atau air sejuk.
  • Anda juga boleh perah jus lemon ke dalam air dan tambah beberapa hirisan lemon ke dalam air tersebut.

 

Usah tambah gula tau. Takde gunanya nak berdetoks nanti. Silap hari bulan, kena diabetes pula.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge