Kenapa Kita Perlu Ambil Supplemen?

Assalamualaikum

Seperti yang kita tahu, sekarang semuanya pantas. Sampaikan makan pun kita banyak pilih fast food. Drive je kereta ke restoran fast food, order, bayar, gerak lagi dua tiga meter, makanan siap!

Apa nutrisi kita dapat daripada makanan fast-food ni?
Ada nilai nutrisi ke?

Sebab tu, zaman sekarang kita kena top up dengan vitamin dan supplemen tambahan.

Walaupun dah makan makanan yang seimbang, bersenam, kita kena jugalah ambil supplemen untuk tingkatkan sistem imun badan.

Walaupun makan makanan berprotein, ayam-ayam tu ada yang kena suntik. Jadi, kenalah ambil supplemen untuk detoks keluar toksin-toksin tu.

Walaupun makan sayur, nutrien dalam sayur-sayuran kita dah kurang. Tanah kita sekarang dah kurang galian berbanding zaman tok nenek kita.

Banyak sebab sebanyak kenapa kita perlu ambil supplemen tambahan dari sekarang kan.

Jom amalkan supplemen. Pilihan Ros adalah yang selamat dan semulajadi.

Ikhtiar Penyakit Alzheimer’s Dengan Resveratrol

Assalamualaikum

Penyakit Alzheimer’s banyak dialami oleh warga emas. Orang kita panggil penyakit nyanyuk.

Bila seseorang itu nyanyuk, dia sukar mengingati sesuatu. Lupa letak barang kat mana. Lupa tadi nak cari apa.

Penyakit ini dikatakan berpunca daripada penggumpalan protein yang dipanggil beta-amyloid di antara sel-sel saraf dalam otak.

Ini menyebabkan sel-sel tidak dapat berhubung antara satu sama lain.

Otak juga mengalami keradangan akibat plak beta-amyloid ini.

Jika mak ayah anda mengalami penyakit ini, disarankan anda hadiahkan mereka supplemen yang kaya resveratrol seperti Vivix.

Vivix membantu mengurangkan keradangan dengan kandungan resveratrol dalam Vivix 10x ganda berbanding produk resveratrol yang lain.

8 Makanan Untuk Kulit Yang Sihat

Assalamualaikum

Makanan juga mempengaruhi kesihatan kulit. Selain elakkan makan makanan bergoreng dan berminyak, anda perlu amalkan 8 jenis makanan untuk kulit yang sihat di bawah ini:

 

8 Makanan Untuk Kulit Yang Sihat

 

  • Teh hijau: mengandungi antioksidan yang boleh mengelakkan kerosakan DNA. Teh hjau juga boleh mengurangkan keradangan. 

 

  • Minyak zaitun: mengandungi polifenol yang juga antioksidan untuk melindungi kulit. Kandungan polifenol yang tinggi boleh diperolehi daripada minyak zaitun extra-virgin. Minyak zaitun juga baik untuk melancarkan peredaran darah agar nutrien sampai kepada sel-sel kulit. 

 

  • Asid lemak Omega-3 dan Omega-6: melindungi kulit daripada menjadi kering. Antara sumber Omega-3 dan Omega-6 adalah biji bunga matahari, flaxseeds, kacang walnut, ikan salmon, sardin dan mackerel. 

 

  • Vitamin E: melindungi kulit daripada pancaran sinar uv yang merbahaya. Vitamin E juga agen anti-radang. Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah bayam, minyak zaitun, kekacang dan juga sayur-sayuran berdaun hijau. 

 

  • Vitamin C: penting dalam penghasilan collagen. Vitamin C juga dapat meningkatkan sistem imun badan dan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, Vitamin C juga tinggi antioksidan untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan protein collagen dan elastin. Vitamin C boleh didapati daripada buah-buahan citrus, betik, kiwi dan buah beri. 

 

  • Vitamin A: membantu melembapkan kulit. Ini akan mengurangkan kulit kering dan mengelupas. Sumber Vitamin A yang baik adalah lobak merah, keledek dan sayur-sayuran berdaun hijau. 

 

  • CoQ10: membantu melindungi kulit daripada radikal bebas. Makanan yang kaya dengan CoQ10 adalah minyak ikan, kacang tanah dan juga bijirin penuh. 

 

  • Selenium: melindungi kulit daripada radikal bebas dan mengurangkan kedutan. Makanan yang kaya dengan Selenium adalah seperti tuna, roti bijirin penuh, daging, ayam, ikan dan makanan laut. 

 

Berdasarkan senarai di atas, amat penting untuk kita mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan jika mahu kulit yang cantik.

Pernah dengar pasal Resveratrol?

Resveratrol juga sejenis antioksidan yang berkuasa untuk melambatkan penuaan. Jadi, pengamalnya akan kelihatan awet muda. Best kan?

Senang Letih Dan Tidak Bersemangat? Apa Pelajar Ini Buat?

Assalamulaikum

Menjadi seorang pelajar universiti kadang kala memenatkan.

Selain menghadiri kuliah, pelajar perlu buat projek dan assignment yang diminta oleh pensyarah.

Setiap hari terkejar-kejar ke sana ke mari untuk siapkan tugasan.

Makan pun tak sempat. Sampai penat rasanya.

Tak boleh jadi ni. Tengok kawan sorang ni tak penat pun. Apa dia makan agaknya.

Tanya punya tanya. Kawan tu cakap dia minum supplemen Resveratrol.

 

Sama macam sorang lagi adik ni, Hanani namanya. Jom tengok testimoni Hanani.

 

Testimoni 1:

Perkongsian Adik Hanani:

Lepas seminggu rasa lebih cergas.

Ada yang tegur kulit nampak licin.

Tak rasa lapar sangat semasa sibuk.

 

Bestnya.. Kulit cantik pun dapat. Macam Kak Fazira, kulit dia makin cantik dan masalah rambut gugur dia pun dah berkurang. Ini testimoni KaK Fazira.

Testimoni 2:

Perkongsian Kakak Fazira Aziz:

Kulit sebelum ni kusam dan kasar,

rambut pula selalu gugur.

Selepas 2 botol Vivix, kulit wajah nampak moist dan halus je,

rambut pun dah kurang gugur.

 

Berapa Harga Vivix? Bagaimana Nak Dapatkan Vivix Pada Harga Yang Lebih Rendah?

Harga sebotol Vivix RM 475. Ianya tahan sehingga 2 bulan.

Mahalnya Kak Ros.. Tak boleh murah lagi ke?

Boleh.. Adik boleh dapatkan terus Twin Pack Vivix. Bila beli Twin Pack, adik layak mendapat manfaat berikut:

  • Vivix pada harga ahli yang 10% lebih rendah
  • Keahlian PERCUMA
  • Kos Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia
  • Cash Rebat pada bulan berikutnya RM 38

Adik boleh berjimat sehingga RM 150 tau.

Boleh whatsapp Kak Ros di 019-367 3245 untuk pembelian.

5 Tips Dapatkan Kulit Yang Lembut

Assalamualaikum

Kecantikan wajah adalah impian semua wanita. Nak cantik, kenalah berusaha untuk dapatkannya. Orang yang dah ada kulit yang cantik juga, perlu menjaganya agar kecantikan kulit terpelihara.

Jom.. Ros kongsikan cara untuk dapatkan kulit yang lembut yang anda boleh cuba di rumah.

 

5 Tips Dapatkan Kulit Yang Lembut

 

Minum Air

Anda perlu minum air sekurangnya 2-3 liter air setiap hari. Minum air masak tau. 2 liter ini tidak termasuk jus atau minuman manis.

  • Kebaikan: Air membantu untuk singkirkan toksin daripada badan anda

 

Tomato:

  • Ambil sebiji tomato dan blend halus
  • sapu di wajah anda dan biarkan selama 10 minit
  • bilas dengan air yang bersih
  • kalau ada jerawat, sapu dan biarkan selama satu jam dan bilas
    • Kebaikan: melembutkan kulit, mengecilkan pori-pori wajah, mengecutkan jerawat

 

Madu:

  • sapu madu di seluruh wajah
  • biarkan selama 10 minit
  • bilas dengan air sejuk
    • Kebaikan: melembutkan kulit

 

Daun Lidah Buaya

  • ambil gel lidah buaya
  • sapu di seluruh wajah
  • bilas dengan air suam
    • Kebaikan: mengekalkan kelembutan kulit, memudarkan jerawat

Betik

  • lenyek beberapa ketul betik yang masak ranum
  • sapu di seluruh wajah
  • biarkan selama 15 minit
  • bilas dengan air suam
    • Kebaikan: melembutkan kulit, menanggalkan sel-sel kulit yang mati

 

Mudah bukan?

Bolehlah anda cuba rawat wajah anda dengan bahan-bahan di atas. Kos rawatan di rumah ini juga murah.

Selain daripada itu, amalkan juga rutin penjagasn wajah yang sesuai dengan kulit anda. Kalau anda belum tahu kulit anda jenis apa, bolehlah baca entri ini >> Cara Nak Tentukan Jenis Kulit Muka.

Pssst.. ada satu lagi tips nak dapatkan kulit lembut. Baca entri >> Rahsia Nak Dapatkan Kulit Yang Lembut 🙂

Rahsia yang bukan lagi rahsia.

Rahsia Nak Dapatkan Kulit Yang Lembut dan Tidak Kering

Assalamualaikum

Tak kira lelaki atau perempuan, semua orang tak menggemari kulit yang kering dan kasar.

Kulit yang kering juga kerap menggelupas. Nak pegang pun tak best, kan.

 

Jadi bagaimana nak mendapatkan kulit yang lembut dan lembap?

Selain memastikan pengambilan air cukup setiap hari iaitu 2-3 liter, anda juga boleh mengambil supplemen untuk bekalkan nutrisi kepada kulit anda.

Supplemen yang dicadangkan ini tiada bahan kimia berbahaya. Ianya selamat dan semulajadi.

Jom tengok testimoni Puan Fazira Aziz yang gembira dan berpuas hati dengan kulitnya selepas mengamalkan supplemen tinggi Resveratrol ini.

Testimoni 1:

Dah masuk botol ke 2 Vivix. Obvious part dengan kulit saya, moist dan nampak halus je especially kat kulit wajah. Ira juga try makan untuk rambut sebab gugur banyak. Even tak buat treatment, dah kurang gugur. Alhamdulillah. Senang makan Vivix ni sebab sekali suap je untuk total wellness.

Bagaimana Supplemen Resveratrol membantu dalam kesihatan kulit?

Resveratrol merupakan antioksidan semulajadi yang banyak ditemui dalam kulit anggur gelap. Untuk pengetahuan anda, Resveratrol dalam Vivix adalah 10 kali ganda berkuasa berbanding produk Resveratrol yang lain. Ini telah dibuktikan dalam ujian klinikal.

Untuk kulit kelihatan muda, kulit kita memerlukan collagen dan elastin. Akan tetapi collagen dan elastin banyak dirosakkan oleh radikal bebas dari persekitaran kita seperti pencemaran udara dan juga sinaran uv yang tinggi.

Di sinilah peranan Resveratrol- meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas ni. Jadi, collagen yang dihasilkan dapat menyokong struktur kulit kita. Collagen juga penting dalam penggantian sel-sel yang mati dengan sel-sel baru.

Dengan pengambilan supplemen Resveratrol yang konsisten, kulit akan lebih lembap, tidak kasar dan lebih anjal.

 

Ros nak kongsikan satu lagi testimoni untuk tatapan anda.

Testimoni 2:

Berdasarkan perbualan di atas, pengguna Vivix ini gembira kulitnya bertambah cantik. Bukan diri dia sendiri je yang perasan. Orang sekeliling terutamanya Encik Suami pun perasan. Siap puji lagi.

Rasa macam nak berjoget je bila si dia memuji yang kulit kita makin cantik kan. Memang kita nak cantik untuk suami seorang je kan. 🙂

Teruja dah nak dapatkan Vivix? Hehe.

 

Berapa Harga Vivix dan Bagaimana Nak Dapatkan Vivix?

Sebotol Vivix berharga RM 475 untuk kegunaan sehingga 2 bulan. Anda boleh order terus hari ini dengan klik di sini >> ORDER NOW.

Untuk penjimatan hebat, Ros cadangkan anda dapatkan terus Twinpack Vivix. Dengan Twinpack Vivix, anda layak mendapat keistimewaan berikut:

  • Pembelian Vivix pada harga ahli
  • Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia
  • Keahlian Shaklee PERCUMA
  • Cash Bonus pada bulan berikutnya

Tak sabar nak memiliki kulit yang lembut dan lembap ?

Kenalah hubungi Ros di 019-367 3245 sekarang juga. 🙂

Cara Nak Tentukan Jenis Kulit Muka

Assalamualaikum

Tahukah anda pemilihan produk penjagaan kulit bergantung kepada jenis kulit yang anda miliki? Sebab itu, pengeluar produk kecantikan akan melabel produk mereka samada sesuai untuk kulit jenis berminyak, normal dan sebagainya.

Secara umumnya, terdapat 4 jenis kulit muka iaitu kulit jenis normal, jenis berminyak, jenis kering dan kulit kombinasi.

Jika anda belum tahu jenis kulit anda, anda boleh buat 4 langkah mudah ini untuk tentukan jenis kulit anda.

Cara Tentukan Jenis Kulit Muka

 

1. Cuci muka dengan pencuci muka yang lembut dan lap kering dengan tuala muka yang bersih.

2. Tunggu sehingga sejam. Elakkan memegang muka dan memakai apa-apa produk penjagaan wajah dalam tempoh ini.

3. Ambil tisu dan tekap-tekap lembut di muka.

4. Tentukan jenis kulit muka anda berdasarkan ciri-ciri di bawah:

  • pori tidak jelas kelihatan
  • tidak berminyak
  • tidak menggelupas
  • lembut

Jika kulit anda selepas sejam memiliki ciri-ciri di atas, anda memiliki kulit jenis normal.

Seterusnya,

  • tisu kelihatan berminyak
  • pori nampak besar
  • kulit muka berkilat

Ciri-ciri di atas menunjukkan anda memiliki kulit jenis berminyak.

Yang ketiga,

  • kulit menggelupas
  • kulit tegang
  • pori kecil

Ciri-ciri ini menunjukkan kulit anda jenis kering.

Yang terakhir,

Jika kulit anda mempunyai kombinasi ciri-ciri di atas, anda memiliki kulit kombinasi. Untuk kulit kombinasi, kebiasaannya bahagian T-zone adalah berminyak. Bahagian lain sama ada jenis normal atau kering.

 

Boleh rujuk gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Dah tahu kulit anda jenis apa?

Selepas menentukan kulit anda jenis apa, senanglah anda nak pilih produk penjagaan wajah yang sesuai. Setiap jenis kulit, lain cara penjagaannya.

Bagi yang ada masalah jerawat, bolehlah baca entri Ros sebelum ini >> Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cara Yang Selamat.

Penting untuk kita jaga kulit agar tidak nampak tua sebelum masanya.

Kenapa Kulit Boleh Berkedut Dan Tidak Anjal?

Assalamualaikum

Kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan lemak subcutaneous.

Lapisan yang berkedut itu adalah daripada lapisan dermis.

Sebelum tu, Ros terangkan dahulu mengenai lapisan yang paling atas sekali iaitu lapisan epidermis. Ia bertanggungjawab untuk melindungi kita daripada benda-benda di persekitaran kita seperti debu dan habuk.

Dermis merupakan lapisan yang tengah yang terdiri daripada salur darah, liang peluh, kelenjar minyak. Ia juga membantu kita merasa benda kerana deria sentuhan terletak di sini.

Terdapat 2 jenis protein di lapisan dermis iaitu collagen dan elastin. Kedua-duanya penting untuk keanjalan kulit, elak kedutan dan garis halus.

Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan collagen oleh badan kita semakin menurun terutamanya bila masuk umur 30-an.

Faktor sekeliling seperti pemakanan dan pencemaran juga menyumbang kepada penurunan keupayaan badan untuk hasilkan collagen.

Elastin pula akan buatkan kulit kita elastik atau fleksibel. Elastin menyokong struktur kulit kita. Kekurangan protein elastin akan membuatkan kulit kita kendur dan tidak anjal.

Jadi, kedua-dua protein ini sangat penting untuk memastikan kulit kita tegang dan tidak berkedut.

Mesti anda taknak kulit berkedut kan.. Pastikan anda mengambil cukup protein setiap hari.

Ok, seterusnya lapisan yang ketiga.

Lapisan kulit yang paling bawah adalah lapisan lemak subcutaneous. Lapisan lemak ini penting untuk kawal suhu badan kita serta melindungi organ-organ penting.

Walaupun bagaimana pun, terlalu banyak lemak subcutaneous pun tak bagus juga.

Sesiapa yang perutnya buncit tu, teballah lemak subcutaneousnya. Di entri lain, Ros cerita pasal lemak subcutaneous ya.

Ingat pesan Ros pasal protein tadi tau kalau nak kulit anjal dan tiada kedutan.

Sekarang Kulit Berseri Tanpa Jerawat

Assalamualaikum

Cik adik ni ada masalah jerawat sejak dari zaman sekolah lagi.

Seperti yang kita tahu, masa remaja hormon tak stabil. Kelenjar minyak keluarkan banyak sebum. Sebum ni fungsinya untuk melembapkan kulit.

Tetapi bila banyak sangat sebum, kulit muka kelihatan berminyak sangat.

Sebum yang terlalu banyak ditambah lagi dengan kotoran dan debu yang melekat di wajah akan menyebabkan liang roma tersumbat.

Bila bakteria penyebab jerawat datang, jerawat jadi makin merah dan membengkak.

Stress betul adik ni bila jerawat naik seketul di pipi kanan. Belek pula pipi kiri, ada jerawat tak. Tak puas hati lagi, belek pula dahi ada jerawat tak kat situ.

Akhirnya, dari jerawat ada kat pipi kanan je, jerawat merebak ke bahagian dahi pula. Tu sebab tangan suka sangat pegang-pegang muka.

Bila dah masuk 20-an ni, adik ni ada kesedaran untuk atasi masalah jerawat yang dihadapi tu. Dia rasa malu sangat tengok muka sendiri. Rasa menyesal picit jerawat dan pegang-pegang muka masa sekolah dulu.

 

Adik ni ternampak iklan kat bawah ni- KULIT BERSERI TANPA JERAWAT

Dulu, muka saya penuh jerawat. Rasa malu sangat nak jumpa orang.

Kemudian saya jumpa produk Shaklee, ESP, Vitamin C, Vivix dan konsisten makan.

Sekarang kulit saya bersih, rasa lebih yakin. Happy sangat.

 

Sama pula macam kes dia. Malu nak jumpa orang.

Jadi, adik ni pun ambillah 3 supplemen ni.

  1. ESP untuk memperbaharui sel-sel kulit
  2. Vitamin C untuk mengecutkan jerawat
  3. Vivix untuk mengurangkan keradangan dan memperbaiki sel-sel yang rosak

Boleh baca juga entri >> Hilangkan Jerawat Dengan Cara Yang Selamat.

 

Kak Ros memang syorkan adik-adik ambil set ni kalau adik-adik nak atasi masalah jerawat penuh di muka.

Boleh whatsapp Kak Ros di 019-367 3245.

Izinkan Kak Ros bantu adik-adik dapatkan kulit wajah yang bersih, sihat dan cantik. InsyaAllah.

Kenapa Epal Bertukar Jadi Gelap Lepas Dipotong?

Assalamualaikum

Perasan tak bila potong epal, lepas beberapa ketika, bahagian epal yang terdedah tu jadi gelap sikit?

Itu adalah proses oksidasi. Proses oksidasi tu buat epal tu nampak macam dah tak elok untuk dimakan. Lagi lama terdedah kepada udara, lagi bertambah gelap.

Kalau sua epal tu kat anak-anak, diorang pun tak nak ambil. Huhuhu.

Nak yang fresh baru dipotong je..

Dalam badan kita, proses oksidasi juga berlaku. Proses oksidasi membuatkan kita nampak tua sebelum masanya.

Jika kita biarkan epal yang dipotong tu berhari-hari macam tu, ia akan jadi seperti gambar di bawah. Kulit luaran berkedut sangat.

Dah boleh bayangkan keadaan diri kita bila proses oksidasi terlalu banyak berlaku dalam badan kita?

Takut nak bayangkan..

 

Kenapa Proses Oksidasi Berlaku Kepada Kita?

 

Proses oksidasi berlaku kerana kita sentiasa terdedah kepada radikal bebas yang ada di sekeliling kita. Kebanyakannya, kita tak boleh nak elak.

Pencemaran udara tidak dapat dielakkan. Lepas tu, detergen dan pencuci rumah yang kita guna tiap-tiap hari. Bahan kosmetik lagi. Sinaran uv yang tinggi setiap hari.

Sebab tu kita perlukan antioksidan untuk neutralkan balik proses oksidasi.

Bila terlalu banyak sel yang teroksida dalam badan, antioksidan pula kurang, sel kita boleh jadi rosak atau dipanggil oxidative stress.

Lama kelamaan oxidative stress ni membawa kepada kerosakan DNA dalam nukleus sel kita. Tu yang boleh dapat penyakit seperti diabetes dan kanser.

Sebab tu kita kena ambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti kacang walnut, brokoli, blueberi, bayam, lobak merah dan keledek. Makanan-makanan ini kaya dengan vitamin A,C, dan E.

Zaman sekarang kita perlu topup ambil supplemen ACE juga kerana makanan yang kita makan sehari-hari tak cukup seimbang.

Korang boleh makan ke 25 biji buah oren sehari untuk dapatkan cukup vitamin C?

Tahu tak.. stress pun boleh buat vitamin C terhapus?

Jadi, nak lindungi sel kita daripada kerosakan akibat oxidative stress, kita kena kawal stress dan juga amalkan makan makanan tinggi antioksidan.

Ingat antioksidan, ingatlah ACE.