Insulin Umpama Pelayan Stesen Minyak?

Assalamualaikum

Bila orang cakap pasal diabetes, apa yang terlintas di kepala adalah insulin, glukosa, bacaan gula dan diabetes jenis 1 dan juga jenis 2.

Mungkin ada di antara kita yang keliru dengan istilah-istilah di atas.

 

Terlebih dahulu, jom lihat apa itu glukosa. Ros terangkan guna bahasa yang mudah ya.

 

Apa itu glukosa?

Glukosa adalah gula yang ringkas. Makanan manis dan berkanji yang kita makan akan ditukar kepada glukosa. Glukosa ini kemudiannya akan digunakan oleh otot kita sebagai tenaga.

Setiap daripada kita mempunyai gula dalam darah. Bila bacaan gula itu tinggi, anda akan didiagnos mendapat diabetes.

 

Apa itu insulin?

Bagi pesakit diabetes, insulin adalah satu hormon yang bermasalah di mana insulin sepatutnya membantu sel-sel badan kita menggunakan glukosa sebagai tenaga.

Anda boleh bayangkan insulin sebagai pelayan(joki gas) stesen minyak. Sel-sel badan sebagai kereta. Glukosa pula sebagai  tenaga atau bahan bakar/petrol.

 

Diabetes Jenis 1

Bagi pesakit diabetes Jenis 1, pengeluaran insulin mereka bermasalah. Pankreas, organ yang menghasilkan insulin tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup.

Keadaan ini umpama kereta (sel-sel badan) sedang menunggu bahan bakar (tenaga/glukosa) untuk diisi. Tetapi tiada pelayan (insulin) untuk mengisi petrol ke dalam tangki minyak.

 

Diabetes Jenis 2

Lain pula bagi penghidap diabetes Jenis 2. Pankreas mengeluarkan insulin yang sedikit. Pada masa yang sama, sel-sel badan mengalami rintangan insulin.

Keadaan ini umpama pelayan stesen minyak tu datang kerja. Tetapi ada je yang mengganggu dia semasa dia nak isi minyak tu. Sebagai contoh, penutup tangki minyak tidak boleh dibuka.

 

Di Malaysia, ramai yang menghidap Diabetes Jenis 2. Ada yang sampai kena cucuk insulin. Ada caranya nak kawal diabetes ni. Ros kongsikan dalam entri seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge