Lebih Berkeyakinan Nak Selfie Sekarang

Ada seorang adik ni dah beli dua vitamin tambahan untuk kulit mukanya yang berparut.

Masa Ros tanya khabar baru-baru ni dan tanya pasal keadaan kulitnya sekarang, dia beritahu yang kulit dia makin baik. Alhamdulillah. Syukur…

Dia tanyalah apa lagi yang dia boleh ambil. Parut dia dah tak banyak dah. Tapi tak sabar nak bagi hilang sepenuhnya.

Katanya lagi..

Baru sekarang dia berkeyakinan nak selfie-selfie ni. Dulu kalau orang ajak bergambar, macam-macam alasan dia bagi untuk elak.

Sekarang dia tak sabar nak selfie biar sampai penuh memory kat handphone tu. Hihihi.

Adik ni lelaki tau, umur 25 tahun.

Zaman sekarang bukan perempuan je yang pentingkan kecantikan kulit. Lelaki pun teliti bab-bab nak pilih supplemen ni.

Salah satu vitamin yang dia ambil sebelum ni bantu mengawal hormon yang menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan.

Satu lagi untuk melindungi kulit daripada radikal bebas selain mencerahkan kulit.

 

Jadi, Ros cadangkan satu lagi supplemen tinggi antioksidan yang dia boleh ambil untuk masalah parut jerawat dia.

Supplemen tu bukan untuk kecantikan kulit je tapi untuk kesihatan menyeluruh.

Jadi nanti.. cantik dia dapat. Sihat pun dapat. Untung kan.. Dua dalam satu, gitu.. 🙂

 

Kalau anda tidak mahu wajah anda berparut, elakkan memicit jerawat yang ada. Biar jerawat kecut dengan sendirinya. Anda boleh juga baca entri >> Bagaimana nak hilangkan jerawat dengan cara yang selamat.

 

Antara sihat dan cantik, nikmat sihat yang paling penting sekali bagi kita semua. Bila badan sihat, kita dapat melakukan banyak perkara yang kita nak.

Anda setuju?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge