Rawatan Untuk Sakit Lutut Yang Boleh Dibuat Di Rumah

Assalamualaikum

Sakit lutut menghalang kita daripada melakukan perkara yang kita suka.

Jika anda mempunyai minat mendaki bukit, hobi ini terpaksa dilupakan buat sementara waktu.

Sama juga jika anda suka berjogging setiap minggu, anda terpaksa menunggu sehingga sakit lutut anda pulih untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.

Apa-apa pun, silalah berjumpa doktor terlebih dulu ya untuk diagnosis dan rawatan lanjut.

Ros nak kongsikan rawatan yang anda boleh lakukan di rumah untuk anda yang mengalami sakit lutut yang ringan dan sederhana.

Senang je nak buat.

Bahan utama yang anda perlukan adalah cuka epal atau dalam Bahasa Inggerisnya Apple Cider Vinegar.

 

Cuka epal sangat membantu dalam mengurangkan sakit lutut. Disebabkan efek alkalinya, cuka epal dapat melarutkan mineral yang terkumpul dan keluarkan toksin berbahaya yang ada di lutut.

Cuka epal juga membantu melincirkan pergerakan lutut supaya anda dapat bergerak.

 

Rawatan Di Rumah Dengan Menggunakan Cuka Epal

 

Sebagai air untuk diminum:

1. Campurkan dua sudu teh cuka epal dalam dua cawan air masak.

2. Minum campuran air ini sepanjang hari.

3. Ulang setiap hari sehingga anda pulih.

 

Sebagai air rendaman:

1. Penuhkan bath tub dengan air panas

2. Masukkan dua cawan cuka epal

3. Rendam lutut yang sakit dalam air tersebut selama 30 minit.

 

Sebagai minyak urutan:

1. Campurkan satu sudu makan cuka epal dengan satu sudu makan minyak zaitun

2. Guna minyak ini untuk urut lutut yang sakit.

3. Urut satu atau dua kali sehari

 

Cubalah ikhtiarkan dengan 3 cara yang Ros dah kongsikan di atas. Kalau masih belum pulih, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk mengamalkan supplemen untuk sakit lutut pula.

Semoga bermanfaat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge