Follow:
Kulit Cantik

Akibat Salah Guna Produk Kecantikan

Assalamualaikum

Dulu ada orang whatsapp bercerita pasal masalah kulit. Ingat lagi cerita adik ni..

Asalnya, kulit adik ni tak lah teruk mana pun. Bila nak datang period tu, naiklah sebutir dua. Normallah kan.

Tapi masalahnya, adik ni suka picit jerawat yang naik. Lepas tu, mula lah berbekas. Luka akibat jerawat yang dipicit tu lah jadi parut.

 

Selepas tu, dia cubalah satu produk ni. Menakjubkan… selepas seminggu kulit flawless sangat. Si adik ni sangatlah happy.

 

Tapikan… kegembiraan dia tak lama.

Dua tiga bulan lepas tu..

Dia perasan setiap kali terkena matahari, kulit dia rasa pedih sangat. Lepas tu, bila period datang, mencanak-canak naik jerawat tu.

 

Baru dia gelabah nak tukar produk.

 

Adik-adikku…
Kulit flawless dalam masa beberapa hari sangat tidak logik.

Kulit kita perlukan masa untuk gantikan dengan sel-sel baru.

Yang buatkan kulit licin dalam masa yang singkat, pasti sebab ada banyak bahan kimia yang berbahaya.

 

Kak Ros harap adik-adik sedar yang produk yang ada bahan kimia berbahaya tu boleh membawa kepada kanser.

Cepat-cepatlah bertukar kepada produk yang selamat dan semulajadi.

 

Sejak jual Set Cantik Shaklee, banyak sangat gambar kulit rosak yang Kak Ros tengok.

Kak Ros jual bukan sebab nak untung semata-mata. Tapi nak selamatkan adik-adik daripada merosakkan kulit muka masing-masing.

Semoga lebih ramai orang sedar tentang bahaya kebanyakan produk kecantikan di Malaysia.

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Fizaizawa

    Kalau nak pakai produk kulit pastikan dpt kelulusan KKM. Tak semua jenis kulit sama. Saya pun sokong produk shaklee..

    13 March 2017 at 12:36 pm
    • Reply SirapAnggur

      Betul tu. Pastikan produk ada kelulusan KKM. Ada orang tak check pun pasal ni sebab terpengaruh dengan testimoni produk tersebut.

      13 March 2017 at 12:51 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.