Kurang Fokus Dan Tidak Bersemangat. Bagaimana Nak Atasi?

Assalamualaikum

Pernah anda alami perkara ini..

Tengah buat sesuatu, tiba-tiba teringat ada kerja lain yang perlu disiapkan.

Bila buat kerja tu, terfikir pulak yang kerja tadi nak kena siap hari ni juga sebab esok busy.

Lepas tu, teringat pula yang ada report nak kena hantar juga.

Ishh.. nak buat mana satu ni. Terus bercelaru fikiran. Buntu tak tahu nak buat apa dulu.

Ishhh.. Malaslah nak buat. Mesti tak sempat siap punya..

Mulalah anda hilang motivasi.

Sebenarnya..
Bila banyak kerja perlu diselesaikan dalam masa yang singkat, anda perlu fokus dan bersemangat.

Masalah kurang fokus dan tiada motivasi sebenarnya berkait rapat dengan aktiviti neurotransmitter dalam otak.

Dalam otak kita, Dopamine berfungsi sebagai neurotransmitter yang akan bagi signal kepada sel-sel otak. Kekurangan aktiviti neurotransmitter membuatkan anda tidak dapat fokus dan tidak bersemangat.

Dopamine mempengaruhi bahagian otak yang mengawal fungsi motivasi, reward, gembira, pergerakan dan juga emosi.

Anda boleh ambil omega-3 untuk tingkatkan paras Dopamine dalam otak.

Jadi, daya tumpuan dapat dipertingkatkan dan buatkan anda lebih bersemangat nak melakukan sesuatu.

Omega-3 juga penting untuk fungsi kognitif otak iaitu kebolehan berfikir, memahami, analisa dan aplikasi.

Selain itu, Omega-3 juga bersifat anti-radang untuk memastikan sel-sel otak berfungsi dengan optimum.

Makanan yang sinonim dengan omega-3 adalah ikan salmon. Tuna dan kacang walnut juga sumber Omega-3 yang baik.

Ada lagi yang boleh bantu anda jadi lebih bersemangat dan fokus iaitu vitamin B6 dan B12. Ia juga menghindari diri anda daripada penyakit berkaitan otak seperti Alzheimers dan nyanyuk.

Contoh makanan yang kaya dengan vitamin B6 dan B12 adalah ikan, daging, telur, bijirin penuh dan kekacang.

Makanan yang kaya dengan fiber juga boleh tingkatkan daya konsentrasi dan motivasi dengan memastikan paras gula dalam darah normal. Jadi, sel-sel otak dan sel badan mendapat tenaga yang cukup untuk berfungsi dengan sebaik-baiknya.

Antioksidan seperti vitamin A, C dan E membantu melancarkan peredaran darah ke otak. Jadi, oksigen dapat dibekalkan ke seluruh sel-sel otak.

Sebagai kesimpulan, amalkan makanan yang disebutkan di atas untuk tingkatkan motivasi dan konsentrasi anda ketika bekerja.

Mudah-mudahan banyak kerja dapat diselesaikan.

Work smart tau. 🙂

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge