Kenapa Kulit Boleh Berkedut Dan Tidak Anjal?

Assalamualaikum

Kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan lemak subcutaneous.

Lapisan yang berkedut itu adalah daripada lapisan dermis.

Sebelum tu, Ros terangkan dahulu mengenai lapisan yang paling atas sekali iaitu lapisan epidermis. Ia bertanggungjawab untuk melindungi kita daripada benda-benda di persekitaran kita seperti debu dan habuk.

Dermis merupakan lapisan yang tengah yang terdiri daripada salur darah, liang peluh, kelenjar minyak. Ia juga membantu kita merasa benda kerana deria sentuhan terletak di sini.

Terdapat 2 jenis protein di lapisan dermis iaitu collagen dan elastin. Kedua-duanya penting untuk keanjalan kulit, elak kedutan dan garis halus.

Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan collagen oleh badan kita semakin menurun terutamanya bila masuk umur 30-an.

Faktor sekeliling seperti pemakanan dan pencemaran juga menyumbang kepada penurunan keupayaan badan untuk hasilkan collagen.

Elastin pula akan buatkan kulit kita elastik atau fleksibel. Elastin menyokong struktur kulit kita. Kekurangan protein elastin akan membuatkan kulit kita kendur dan tidak anjal.

Jadi, kedua-dua protein ini sangat penting untuk memastikan kulit kita tegang dan tidak berkedut.

Mesti anda taknak kulit berkedut kan.. Pastikan anda mengambil cukup protein setiap hari.

Ok, seterusnya lapisan yang ketiga.

Lapisan kulit yang paling bawah adalah lapisan lemak subcutaneous. Lapisan lemak ini penting untuk kawal suhu badan kita serta melindungi organ-organ penting.

Walaupun bagaimana pun, terlalu banyak lemak subcutaneous pun tak bagus juga.

Sesiapa yang perutnya buncit tu, teballah lemak subcutaneousnya. Di entri lain, Ros cerita pasal lemak subcutaneous ya.

Ingat pesan Ros pasal protein tadi tau kalau nak kulit anjal dan tiada kedutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge