Cara Nak Tentukan Jenis Kulit Muka

Assalamualaikum

Tahukah anda pemilihan produk penjagaan kulit bergantung kepada jenis kulit yang anda miliki? Sebab itu, pengeluar produk kecantikan akan melabel produk mereka samada sesuai untuk kulit jenis berminyak, normal dan sebagainya.

Secara umumnya, terdapat 4 jenis kulit muka iaitu kulit jenis normal, jenis berminyak, jenis kering dan kulit kombinasi.

Jika anda belum tahu jenis kulit anda, anda boleh buat 4 langkah mudah ini untuk tentukan jenis kulit anda.

Cara Tentukan Jenis Kulit Muka

 

1. Cuci muka dengan pencuci muka yang lembut dan lap kering dengan tuala muka yang bersih.

2. Tunggu sehingga sejam. Elakkan memegang muka dan memakai apa-apa produk penjagaan wajah dalam tempoh ini.

3. Ambil tisu dan tekap-tekap lembut di muka.

4. Tentukan jenis kulit muka anda berdasarkan ciri-ciri di bawah:

  • pori tidak jelas kelihatan
  • tidak berminyak
  • tidak menggelupas
  • lembut

Jika kulit anda selepas sejam memiliki ciri-ciri di atas, anda memiliki kulit jenis normal.

Seterusnya,

  • tisu kelihatan berminyak
  • pori nampak besar
  • kulit muka berkilat

Ciri-ciri di atas menunjukkan anda memiliki kulit jenis berminyak.

Yang ketiga,

  • kulit menggelupas
  • kulit tegang
  • pori kecil

Ciri-ciri ini menunjukkan kulit anda jenis kering.

Yang terakhir,

Jika kulit anda mempunyai kombinasi ciri-ciri di atas, anda memiliki kulit kombinasi. Untuk kulit kombinasi, kebiasaannya bahagian T-zone adalah berminyak. Bahagian lain sama ada jenis normal atau kering.

 

Boleh rujuk gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Dah tahu kulit anda jenis apa?

Selepas menentukan kulit anda jenis apa, senanglah anda nak pilih produk penjagaan wajah yang sesuai. Setiap jenis kulit, lain cara penjagaannya.

Bagi yang ada masalah jerawat, bolehlah baca entri Ros sebelum ini >> Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cara Yang Selamat.

Penting untuk kita jaga kulit agar tidak nampak tua sebelum masanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge