5 Tips Dapatkan Kulit Yang Lembut

Assalamualaikum

Kecantikan wajah adalah impian semua wanita. Nak cantik, kenalah berusaha untuk dapatkannya. Orang yang dah ada kulit yang cantik juga, perlu menjaganya agar kecantikan kulit terpelihara.

Jom.. Ros kongsikan cara untuk dapatkan kulit yang lembut yang anda boleh cuba di rumah.

 

5 Tips Dapatkan Kulit Yang Lembut

 

Minum Air

Anda perlu minum air sekurangnya 2-3 liter air setiap hari. Minum air masak tau. 2 liter ini tidak termasuk jus atau minuman manis.

  • Kebaikan: Air membantu untuk singkirkan toksin daripada badan anda

 

Tomato:

  • Ambil sebiji tomato dan blend halus
  • sapu di wajah anda dan biarkan selama 10 minit
  • bilas dengan air yang bersih
  • kalau ada jerawat, sapu dan biarkan selama satu jam dan bilas
    • Kebaikan: melembutkan kulit, mengecilkan pori-pori wajah, mengecutkan jerawat

 

Madu:

  • sapu madu di seluruh wajah
  • biarkan selama 10 minit
  • bilas dengan air sejuk
    • Kebaikan: melembutkan kulit

 

Daun Lidah Buaya

  • ambil gel lidah buaya
  • sapu di seluruh wajah
  • bilas dengan air suam
    • Kebaikan: mengekalkan kelembutan kulit, memudarkan jerawat

Betik

  • lenyek beberapa ketul betik yang masak ranum
  • sapu di seluruh wajah
  • biarkan selama 15 minit
  • bilas dengan air suam
    • Kebaikan: melembutkan kulit, menanggalkan sel-sel kulit yang mati

 

Mudah bukan?

Bolehlah anda cuba rawat wajah anda dengan bahan-bahan di atas. Kos rawatan di rumah ini juga murah.

Selain daripada itu, amalkan juga rutin penjagasn wajah yang sesuai dengan kulit anda. Kalau anda belum tahu kulit anda jenis apa, bolehlah baca entri ini >> Cara Nak Tentukan Jenis Kulit Muka.

Pssst.. ada satu lagi tips nak dapatkan kulit lembut. Baca entri >> Rahsia Nak Dapatkan Kulit Yang Lembut 🙂

Rahsia yang bukan lagi rahsia.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge