8 Makanan Untuk Kulit Yang Sihat

Assalamualaikum

Makanan juga mempengaruhi kesihatan kulit. Selain elakkan makan makanan bergoreng dan berminyak, anda perlu amalkan 8 jenis makanan untuk kulit yang sihat di bawah ini:

 

8 Makanan Untuk Kulit Yang Sihat

 

  • Teh hijau: mengandungi antioksidan yang boleh mengelakkan kerosakan DNA. Teh hjau juga boleh mengurangkan keradangan. 

 

  • Minyak zaitun: mengandungi polifenol yang juga antioksidan untuk melindungi kulit. Kandungan polifenol yang tinggi boleh diperolehi daripada minyak zaitun extra-virgin. Minyak zaitun juga baik untuk melancarkan peredaran darah agar nutrien sampai kepada sel-sel kulit. 

 

  • Asid lemak Omega-3 dan Omega-6: melindungi kulit daripada menjadi kering. Antara sumber Omega-3 dan Omega-6 adalah biji bunga matahari, flaxseeds, kacang walnut, ikan salmon, sardin dan mackerel. 

 

  • Vitamin E: melindungi kulit daripada pancaran sinar uv yang merbahaya. Vitamin E juga agen anti-radang. Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah bayam, minyak zaitun, kekacang dan juga sayur-sayuran berdaun hijau. 

 

  • Vitamin C: penting dalam penghasilan collagen. Vitamin C juga dapat meningkatkan sistem imun badan dan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, Vitamin C juga tinggi antioksidan untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan protein collagen dan elastin. Vitamin C boleh didapati daripada buah-buahan citrus, betik, kiwi dan buah beri. 

 

  • Vitamin A: membantu melembapkan kulit. Ini akan mengurangkan kulit kering dan mengelupas. Sumber Vitamin A yang baik adalah lobak merah, keledek dan sayur-sayuran berdaun hijau. 

 

  • CoQ10: membantu melindungi kulit daripada radikal bebas. Makanan yang kaya dengan CoQ10 adalah minyak ikan, kacang tanah dan juga bijirin penuh. 

 

  • Selenium: melindungi kulit daripada radikal bebas dan mengurangkan kedutan. Makanan yang kaya dengan Selenium adalah seperti tuna, roti bijirin penuh, daging, ayam, ikan dan makanan laut. 

 

Berdasarkan senarai di atas, amat penting untuk kita mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan jika mahu kulit yang cantik.

Pernah dengar pasal Resveratrol?

Resveratrol juga sejenis antioksidan yang berkuasa untuk melambatkan penuaan. Jadi, pengamalnya akan kelihatan awet muda. Best kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge