Persediaan Menghadapi Masa Depan

Assalamualaikum

Pernah anda terfikir umur 60 tahun nanti, anda tengah buat apa?

Tengah main dengan cucu-cucu ke? Berada di rumah sendiri ke? Atau duduk di rumah orang tua? Sibuk melancong ke? Buat umrah tiap-tiap tahun ke?

Mudah-mudahan Ros masih panjang untuk sampai umur masa tu.

Sebenarnya masa berjalan dengan sangat pantas. Rasa macam baru je bersalin anak pertama. Sekarang anak dah masuk tiga.

Nanti anak-anak masuk sekolah, masuk uni, bekerja, berkahwin dan ada anak.

Masa tu nak ke kita bergantung kat anak-anak. Masa tu tak tahu lagi keadaan ekonomi negara macam mana.

Sebagai persediaan menghadapi masa depan, kita sendiri kena stabilkan kewangan untuk menghadapi usia emas nanti. Buat tabung untuk persaraan. Langsaikan hutang secepat mungkin. Beli hartanah. Beli emas dan sebagainya.

Masa muda ni lah nak kena pulun habis-habisan agar senang kehidupan kita nanti. Kalau boleh, cabar diri untuk buat bisnes walaupun masih bekerja. Duit yang banyak bukan untuk jadikan diri kita riak. Tetapi supaya kita dapat bantu lebih ramai orang, dapat keluarkan zakat 4 angka, dapat bersedekah tanpa berkira-kira.

Lagi satu, kita juga perlu menjaga kesihatan supaya nanti kita jadi orang tua yang sihat. Kalau jadi tua dan sakit, diri sendiri dan keluarga juga yang susah. Pilih lah untuk jadi tua yang sihat.

Ros syorkan anda amalkan vitamin dan supplemen tambahan seperti Resveratrol. Yang terbaik adalah Vivix Shaklee. Kandungan Resveratrol dalam Vivix telah terbukti secara klinikal dapat melambatkan proses penuaan.

Sebagai kesimpulan, bekerja lah kita sekuatnya sementara masih muda ini. Usah diabaikan aspek kesihatan. Ambillah supplemen tambahan untuk bekalkan nutrisi kepada tubuh kita agar kita sentiasa cergas dan sihat. Untung keluarkan duit untuk beli vitamin. Ianya pelaburan untuk kesihatan jangka masa panjang.

Akhir sekali, kita tetap akan jadi tua dan kita boleh merendahkan risiko nak kena penyakit kronik seperti diabetes dan strok dengan supplemen Resveratrol. Silap-silap orang tegur anda nampak awet muda lepas amalkan supplemen Resveratrol. 🙂

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge