7 Cara Mudah Menjaga Kulit Wajah Bagi Mereka Yang Bekerjaya

Assalamualaikum

Bagi mereka yang bekerjaya, penampilan diri amat penting, lebih-lebih lagi mereka yang sering berjumpa klien. Selain pemilihan pakaian, anda juga perlu memastikan wajah anda kelihatan berseri dan tidak kusam. Kulit wajah yang sihat dan berseri secara tidak langsung boleh meningkatkan keyakinan diri.

 

Ketika berinteraksi dengan klien, perlu ada eye contact. Pastinya klien anda akan memandang wajah anda ketika anda bercakap. Jadi, amat penting untuk anda menjaga kulit wajah anda.

 

Jom tengok 7 cara mudah untuk menjaga kulit wajah:

7 Cara Mudah Menjaga Kulit Wajah

 

  • Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bagi yang memiliki kulit yang berminyak, anda perlu cuci muka dengan lebih kerap.

 

  • Pakai toner setiap kali selepas mencuci muka untuk menutup kembali pori-pori wajah yang terbuka semasa mencuci muka.

 

  • Sapu krim pelindung uv setiap kali anda hendak keluar untuk melindungi kulit daripada sinaran uv yang berbahaya.

 

  • Minum air sekurang-kurangnya 2 liter untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrat.

 

 

  • Kawal stress anda agar anda tak nampak tua sebelum masanya.

 

  • Tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.

 

Jika kulit anda tiada masalah yang besar, eloklah anda konsisten amalkan cara penjagaan wajah di atas. Pasti kulit anda kekal sihat dan berseri.

 

Bagi yang ada masalah seperti berjerawat, eloklah anda rawat kulit anda secepat mungkin sebelum bertambah parah. Boleh teruskan membaca entri Ros sebelum ni >> Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cara Yang Selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge