Kenapa Kulit Anda Kusam Dan Tidak Berseri?

Assalamualaikum

Ada orang tidak pakai makeup pun kulit mereka berseri. Glowing orang putih kata.

Ada orang selepas dikenakan makeup, baru dia nampak cantik. Tengok dari jauh, cantik wajahnya. Tapi dari dekat, oh.. rupanya tebal seinci makeup yang dia pakai.

Kalau tak pakai makeup, mukanya akan kelihatan kusam dan tidak berseri.

Nak tahu apa sebab kulit anda kelihatan kusam?

Jom Ros kongsikan 5 sebab kulit kelihatan kusam:

 

  • Kurang Kelembapan

Tubuh badan kita terdiri daripada komponen air. Kekurangan kelembapan menyebabkan kulit anda kering dan kusam. Jadi, sapulah pelembap sejurus selepas anda mencuci muka.

 

  • Sel Kulit Mati Tidak Ditanggalkan

Sel kulit akan diperbaharui setiap 28 hari. Kulit mati yang terdapat di lapisan paling atas perlu ditanggalkan dengan cara menggunakan scrub yang lembut. Mencuci muka dengan pencuci muka sahaja tidak cukup untuk menanggalkan sel-sel yang mati.

 

  • Pengambilan Air Yang Kurang

Sel-sel kulit memerlukan air untuk menjalankan fungsinya. Kekurangan air juga mengurangkan peredaran darah ke kulit seterusnya membuatkan anda nampak pucat dan kelihatan seperti orang sakit. Kekurangan air juga membuatkan kedutan senang terjadi.

 

  • Tertekan

Tekanan atau stress merupakan musuh kulit yang utama. Belajarlah untuk menguruskan tekanan. Anda boleh bersenam untuk melepaskan tekanan. Selain itu, dengan bersenam, peredaran darah ke kulit dapat diperbaiki.

 

  • Tidur Yang Tidak Cukup

Semasa tidur, tubuh kita akan berehat. Sel-sel kulit akan diperbaiki dan diperbahrui. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan lingkaran mata hitam, kulit kering dan kusam.

 

Untuk mendapatkan kulit yang berseri, anda boleh amalkan makanan yang tinggi antioksidan dan tukar 5 penyebab kulit kusam yang Ros kongsikan di atas.

Ingin kembalikan keserian kulit dengan supplemen, baca >> Hilangkan Kulit Kusam Dengan Skincare Yang Selamat.

Kulit yang berseri boleh dimiliki asalkan anda berusaha untuk dapatkannya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge