Tips Penjagaan Kulit Berminyak Yang Anda Patut Amalkan

Assalamualaikum

Masalah kulit berminyak biasanya disebabkan oleh hormon dan kilang minyak mengeluarkan terlalu banyak sebum.

Ros ingin kongsikan beberapa tips dalam menjaga kulit wajah jenis berminyak.

 

Tips penjagaan kulit berminyak:

1. Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan bilas dengan air suam.

2. Guna tisu khas penyerap minyak untuk serap minyak berlebihan terutama pada waktu tengahari. Tekap-tekap je tau. Tak perlu tonyoh kuat-kuat.

3. Pakai mask sekali sekala untuk keluarkan minyak berlebihan dan membersihkan pori-pori wajah.

4. Pilih pelembab jenis bebas minyak untuk mengelakkan kulit kelihatan berminyak.

5. Pilih sunblock jenis bebas berminyak untuk melindungi kulit anda daripada sinaran uv berbahaya. Anda boleh pilih sunblock jenis gel berbanding jenis krim.

6. Amalkan supplemen untuk kesihatan kulit seperti supplemen antioksidan dan Resveratrol.

 

Anda boleh baca artikel seterusnya mengenai >> Cara Atasi Masalah Kulit Berminyak dan Berjerawat.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge