Cara Mengecilkan Liang Pori Di Wajah

Assalamualaikum

Liang pori wajah yang besar dan terbuka sedikit sebanyak boleh mencacatkan penampilan wajah anda. Ia juga boleh membawa kepada masalah jerawat bila pori-pori tersebut tersumbat dengan debu, kotoran dan sel kulit yang mati.

Bagaimana nak mengecilkan pori-pori wajah?

 

Ros ingin tekankan di sini rutin penjagaan wajah yang konsisten memainkan peranan yang besar untuk mengecilkan liang pori.

Perkara pertama yang anda perlukan lakukan adalah membersihkan muka daripada kotoran seperti mekap dan debu.

Bila wajah sudah dicuci bersih, kotoran sudah tiada di liang pori, anda perlukan memakai toner untuk menutup liang pori yang terbuka itu.

Selepas itu, pastikan anda memakai pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan memakai pelindung uv untuk melindungi kulit daripada pancaran sinar uv.

Untuk 3 rutin di atas, Ros akan gunakan Set Asas Nutriwhite kegemaran Ros.

Anda boleh gunakan pencuci muka, toner dan pelindung uv pilihan anda. Tapi, pastikan ianya selamat dan semulajadi tau.

Seterusnya Ros nak kongsikan 3 cara semulajadi untuk kecilkan pori-pori wajah.

 

3 cara semulajadi untuk kecilkan pori-pori wajah:

 

1. Menggunakan kiub ais : Ambil beberapa ketul kiub ais dan bungkus dengan kain yang bersih. Tekap kain tersebut di muka selama beberapa minit. Buat selama 15 minit.

2. Menggunakan masker timun : Keluarkan sebiji timun dari peti sejuk. Potong kepada beberapa bahagian kecil dan blend sehingga hancur. Sapu paste timun tadi dengan jari ke seluruh wajah kecuali bahagian mata. Baring dan biarkan mask tadi selama 30 minit. Selepas itu, bilas dengan air yang bersih.

 

3. Menggunakan masker madu dan lemon: Ambil sebiji lemon dan perah jus untuk dapatkan 3-5 sudu besar jus lemon. Campurkan dengan madu secukupnya. Sapu pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air suam.

Semoga bermanfaat untuk anda yang tercari-cari cara nak kecilkan liang pori wajah. 🙂

Anda boleh baca selanjutnya mengenai >> bagaimana supplemen membantu kecilkan pori-pori wajah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge