Cara Mudah Steam Wajah Di Rumah

Assalamualaikum

Antara rawatan muka yang ditawarkan di spa adalah steam wajah. Jika anda tidak mempunyai masa untuk keluar ke spa, apa kata anda buat je sendiri steam wajah di rumah.

Apa yang anda perlukan adalah besen dan tuala untuk selubung kepala anda.

Dapatkan bantuan suami untuk menjaga anak-anak anda sementara anda manjakan kulit dengan rawatan wajah ini.

 

Sebelum anda lakukan steam wajah, pastikan muka anda telah dicuci sebersih-bersihnya. Ok, jom tengok bagaimana nak buat steam wajah.

 

Cara Mudah Lakukan Steam Wajah Di Rumah

  1. Sediakan besen kosong
  2. Masak air menggunakan cerek sehingga mendidih
  3. Tuang air panas tadi ke dalam besen
  4. Tunggu sehingga air sejuk sedikit
  5. Letak tuala menutupi kepala
  6. Suakan wajah anda mengadap besen tadi lebih kurang 20 cm dari besen
  7. Biarkan wap panas tadi terkena muka anda selama 10-20 minit
  8. Pastikan wap tidak keluar
  9. Setelah selesai, guna tuala bersih untuk lap muka anda
  10.  Bilas dengan air suam

 

Mudah dan senang, kan.

Untuk kulit jenis berminyak, anda boleh steam wajah anda selama 20 minit. Jika kulit anda jenis sensitif, pendekkan tempoh steam wajah kepada 10 minit.

 

Steam wajah ini boleh dilakukan seminggu sekali.

Jom buat hujung minggu nanti. ­čÖé

Kenapa Kulit Anda Kusam Dan Tidak Berseri?

Assalamualaikum

Ada orang tidak pakai makeup pun kulit mereka berseri. Glowing orang putih kata.

Ada orang selepas dikenakan makeup, baru dia nampak cantik. Tengok dari jauh, cantik wajahnya. Tapi dari dekat, oh.. rupanya tebal seinci makeup yang dia pakai.

Kalau tak pakai makeup, mukanya akan kelihatan kusam dan tidak berseri.

Nak tahu apa sebab kulit anda kelihatan kusam?

Jom Ros kongsikan 5 sebab kulit kelihatan kusam:

 

  • Kurang Kelembapan

Tubuh badan kita terdiri daripada komponen air. Kekurangan kelembapan menyebabkan kulit anda kering dan kusam. Jadi, sapulah pelembap sejurus selepas anda mencuci muka.

 

  • Sel Kulit Mati Tidak Ditanggalkan

Sel kulit akan diperbaharui setiap 28 hari. Kulit mati yang terdapat di lapisan paling atas perlu ditanggalkan dengan cara menggunakan scrub yang lembut. Mencuci muka dengan pencuci muka sahaja tidak cukup untuk menanggalkan sel-sel yang mati.

 

  • Pengambilan Air Yang Kurang

Sel-sel kulit memerlukan air untuk menjalankan fungsinya. Kekurangan air juga mengurangkan peredaran darah ke kulit seterusnya membuatkan anda nampak pucat dan kelihatan seperti orang sakit. Kekurangan air juga membuatkan kedutan senang terjadi.

 

  • Tertekan

Tekanan atau stress merupakan musuh kulit yang utama. Belajarlah untuk menguruskan tekanan. Anda boleh bersenam untuk melepaskan tekanan. Selain itu, dengan bersenam, peredaran darah ke kulit dapat diperbaiki.

 

  • Tidur Yang Tidak Cukup

Semasa tidur, tubuh kita akan berehat. Sel-sel kulit akan diperbaiki dan diperbahrui. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan lingkaran mata hitam, kulit kering dan kusam.

 

Untuk mendapatkan kulit yang berseri, anda boleh amalkan makanan yang tinggi antioksidan dan tukar 5 penyebab kulit kusam yang Ros kongsikan di atas.

Ingin kembalikan keserian kulit dengan supplemen, baca >> Hilangkan Kulit Kusam Dengan Skincare Yang Selamat.

Kulit yang berseri boleh dimiliki asalkan anda berusaha untuk dapatkannya. ­čÖé

Tips Memilih Supplemen Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga

Assalamualaikum

Pada zaman sekarang makan makanan yang seimbang sahaja tidak cukup untuk memastikan badan anda mendapat semua nutrisi yang diperlukan.

Anda perlu mengambil suplemen untuk tampung nutrisi yang tidak dapat diperolehi daripada makanan.

Walaupun anda makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, banyak khasiat telah hilang sebelum ia masuk ke dalam badan anda.

Sebagai contoh, khasiat hilang semasa proses penghantaran ke pasar atau kedai. Khasiat juga boleh hilang apabila anda masak pada suhu yang tinggi.

Sebab tu sayur, kita perlu masak sekejap sahaja. Kalau boleh dimakan mentah, lagi lah elok.

Seperti namanya, suplemen iaitu tambahan, itulah fungsi suplemen iaitu untuk memenuhi lompong nutrisi yang kurang dalam badan.

Oleh kerana suplemen sangat penting, ingin Ros kongsikan beberapa tips agar anda memilih supplemen yang betul sekaligus badan anda mendapat manfaat optimum daripada pengambilan supplemen tersebut. Bukannya mendatangkan bahaya kepada tahap kesihatan anda.

Jom tengok tips memilih suplemen:

 

  • Suplemen tersebut dibangunkan oleh saintis yang bertauliah.
  • Suplemen tersebut perlu ada kajian klinikal yang turut direview oleh pihak ketiga
  • Suplemen tersebut perlu ada Landmark Study untuk memastikan┬ákeberkesanan suplemen tersebut dalam jangka masa panjang.

 

Kesimpulanya, anda boleh tanya soalan-soalan di bawah kepada penjual suplemen atau vitamin sebelum anda beli.

Semoga bermanfaat. Buatlah pilihan bijak demi kesihatan keluarga anda.:-)

Pesakit Strok Tak Perlu Pakai Tiub Untuk Makan Dah

Assalamualaikum

Ros nak kongsikan satu testimoni pesakit strok yang tidak lagi perlu memakai tiub untuk makan.

Testimoni:

Customer yang ambil Vivix Twinpack haritu dah boleh duduk.

Tak pakai tiub nak makan dah.

 

Jika anda kenal sesiapa yang kena strok ni, bolehlah cadangkan kepada ahli keluarganya untuk berikhtiar dengan supplemen Resveratrol ini.

 

Bagaimana supplemen Resveratrol ini membantu?

 

Supplemen Resveratrol Shaklee iaitu Vivix dirumus khas daripada 4 bahan semulajadi iaitu Anggur Muscadine, Elderberry, Purple Carrot dan juga Japanese Knotweed. Ia terhasil selepas bertahun-tahun kajian dijalankan oleh barisan saintis.

Resveratrol yang terkandung dalam Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah serta menghalang pengoksidaan kolesterol jahat (LDL) yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Anda juga boleh baca entri kisah benar ini >> Pesakit Strok Yang Alami Masalah Pertuturan Kini Semakin Pulih

Mudah-mudahan mereka yang terkena strok dapat kembali pulih seperti sediakala.

Boleh hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapatkan Vivix.

Atasi Masalah Resdung Dan Jerawat Sekaligus

Assalamualaikum

Orang yang mengalami masalah resdung kerap bersin terutamanya pada waktu pagi. Selain itu, mereka juga kerap berasa gatal di bahagian hidung, kerongkong dan telinga. Boleh dikatakan satu mukalah terasa gatalnya. Memang perit. Kadang-kadang tu sampai sakit kepala dan melarat kepada demam.

Sesetengah orang yang ada resdung turut mempunyai masalah jerawat yang teruk. Ianya berkait dengan masalah resdung tadi. Bakteria yang menyerang rongga sinus yang tersumbat boleh menyebabkan nanah terjadi di bawah kulit. Akhirnya, keluarlah jerawat.

Ingin Ros kongsikan satu testimoni bagaimana nak hilangkan masalah resdung seterusnya mengatasi masalah jerawat juga.

Testimoni daripada Cik Norshahida Mamat

[KRISIS PEMULIHAN RESDUNG & JERAWAT SELAMA DUA BULAN YANG AMAT BERBALOI DENGAN PRODUK SHAKLEE]

Nama saya Norshahida Mamat dan berusia 23 tahun. Saya berasal daripada Terengganu dan masih lagi bergelar pelajar di sebuah kolej swasta.

Sebelum ini, saya menghadapi masalah resdung dan jerawat yang amat dahsyat sehingga mengganggu banyak tumpuan saya terhadap rutin harian. Setiap pagi, saya pasti akan mengalami masalah bersin yang teruk sehinggakan nak kelas pun saya rasa tak selesa.

Belum lagi bab jerawat yang penuh di wajah sehinggakan saya rasa malu dan seolah rasa rendah diri. Lagi-lagi bila time datang bulan.. bertambah meriah jerawat di wajah saya ni!

Masalah resdung ini bukan sahaja membuat bahagian hidung dan seluruh wajah saya menjadi gatal-gatal, malahan ada masanya sehingga tahap saya sakit kepala.

Keadaan ini amat mengganggu situasi saya sebagai seorang pelajar kolej.

Pada ketika itu, rawatan yang saya mampu dan tahu hanyalah bergantung dengan ubat-ubatan yang dapatkan daripada farmasi. Memang berkesan namun hanyalah sementara. Namun, jika saya stop aje makan ubat terus simptom-simptom tadi datang balik.

Akhirnya, mimpi ngeri saya mula tiba ke penghujungnya apabila saya bertemu dengan produk Shaklee di Facebook upline saya, Mami Ayu Adyani.

Setelah menceritakan masalah yang saya hadapi serta sessi konsultasi bersama beliau; saya disyorkan untuk mengambil Vivix sebagai permulaan dengan sukatan satu pada waktu pagi dan satu sudu pada waktu malam.

Selain itu, saya turut mengambil produk Shaklee yang lain iaitu kolagen, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard dan ESP; dan masih mengamalkannya sampai hari ini.

Kesannya pada peringkat awal tidaklah seperti yang semua orang yang mengalami masalah seperti saya harapkan. Saya mengalami krisis pemulihan selama hampir 2 bulan lamanya.

Saya kerap mengantuk dan keletihan, semakin kerap bersin dan paling saya tak suka, makin banyak pula jerawat yang keluar. Namun, sebab saya dah aware mengenai hal ini semasa sessi konsultasi, maka saya teruskan pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten.

Alhamdulillah.. berkat istiqomah dan sabar mengamalkan suplemen Shaklee seperti yang diajar oleh upline saya, dalam masa lebih kurang 9 bulan .. masalah resdung saya lama-kelamaan kian berkurangan dan beransur pulih.

Tiada lagi masalah bersin di waktu pagi dan paling best, jerawat di muka kian berkurangan! Malahan, kalau ada pun cepat kecut.

Saranan saya untuk anda semua di luar sana, cubalah produk Shaklee kerana suplemen Shaklee adalah semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan setiap satu produk telah menjalani ujian klinikal. Saya juga syorkan anda buat juga research tentang produk Shaklee yang sesuai dengan anda di samping mendapatkan konsultasi daripada SID yang boleh guide anda sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

Juga, jangan lupa untuk sabar dan konsisten amalkan produk Shaklee ini. Sememangnya saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee dan konsultasi yang diberi oleh upline saya. Inilah Shaklee Effect saya!

Kredit to: SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3

Jika anda juga mengalami masalah resdung yang teruk, usah berlengah lagi. Jom atasinya sekarang. Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapatkan Set Resdung ni.

Atau anda juga boleh beli terus dengan Shaklee dengan klik SET RESDUNG. Penghantaran akan dibuat oleh pihak Shaklee samada mengguna courier GDex, Poslaju atau Citylink.
*Selepas pembelian, hubungi Ros untuk dapatkan cara makan eksklusif ya.

Semoga dengan kesabaran anda konsisten amalkan Set Resdung ni, masalah resdung dan jerawat anda selesai sekaligus.

Nak Atasi Masalah Jerawat Bernanah?

Assalamualaikum

Anda ada masalah jerawat bernanah?

Boleh cuba ikhtiarkan dengan supplemen Resveratrol iaitu Vivix.

Ros kongsikan satu testimoni bergambar. Anda boleh tengok sendiri perbezaan sebelum dan selepas amalkan Vivix.

Sangat ketara perbezaan kulit sis ini selepas amalkan Vivix. Masalah jerawat bernanah hampir selesai.

Anda pun boleh dapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat ni dengan Vivix.

Tak sabar nak cuba Vivix untuk hilangkan masalah jerawat bernanah?
Cepat-cepat hubungi Ros di 019-367 3245. Pembelian daripada Ros akan mendapat konsultasi eksklusif seumur hidup.

Apa tunggu lagi.. biar Ros bantu atasi masalah kulit anda.

Dulu Susah Nak Rukuk Masa Solat

Assalamualaikum

Sakit lutut kerap dialami oleh orang tua. Tetapi ada juga wanita muda yang alami masalah ini terutamanya mereka yang aktif bersukan.

Seiring dengan peningkatan umur, cecair lutut yang bertindak sebagai pelincir dan kusyen untuk menyerap hentakan ini semakin berkurangan.

Ketika melakukan pergerakan seperti berjalan, membongkok dan mencangkuk, berlaku geseran di sendi lutut. Akhirnya, ia membawa kepada keradangan pada sendi lutut.

Paling terkesan adalah apabila hendak solat. Nak rukuk pun sakit.

Satu cara nak kurangkan keradangan pada sendi lutut ini adalah dengan mengamalkan supplemen resveratrol.

Ros kongsikan dahulu satu testimoni:

Akak lepas ambil Vivix tu..

Alhamdulillah.. lutut dah kurang sakit.

Kalau tidak, tak boleh nak rukuk masa solat

 

Supplemen Resveratrol ini sangat sesuai untuk mengatasi masalah sakit lutut.

Jika ada ahli keluarga anda ada masalah sakit lutut ni, usah bertangguh lagi untuk mencuba Vivix.

Ramai dah merasai kesan positif bila konsisten amalkan Vivix. Boleh tengok testimoni-testimoni lain di entri

Umur 40an, dah sakit lutut

Resveratrol Kurangkan Sakit Sendi dan Lutut

 

Sebotol Vivix berharga RM 475 dan tahan sehingga 2 bulan.

Nak order? Boleh whatsapp Ros di 019-367 3245.

Tubuh Lebih Bertenaga Walaupun Sibuk Bekerja Di Pejabat Dan Di Rumah

Assalamualaikum

Zaman sekarang wanita bergelar ibu kerap berasa letih selepas pulang dari kerja. Sudahlah letih dengan tugasan di pejabat. Lepas tu, perlu menghadap jem pula sebelum tiba di rumah.

Sampai di rumah, ibu masih belum boleh berehat. Perut dah berbunyi-bunyi minta diisi. Jadinya, menu yang simple-simple jadi pilihan kerana semua dah lapar.

Selepas makan dan solat, dapatlah ibu berehat sebentar. Selepas tu, perlu sambung lipat baju sambil layan anak-anak.

Masa ni lah nak tanya anak-anak apa mereka belajar di sekolah. Apa yang mereka main bersama kawan-kawan.

Pukul 10 lebih anak-anak dah mengantuk. Selepas anak-anak masuk tido, bolehlah si ibu teruskan hal-hal bisnes pula.

Coaching anak berbisnes, follow up customer, packing barang dan update blog. Sedar tak sedar, pukul 2 pagi.

Rutin yang sama berulang setiap hari. Memang si ibu sangat perlukan tenaga tambahan. Kalau tak, anak-anak tido, ibunya pun tido sekali.

Anda ibu yang bekerja sambil buat part time bisnes? Kerap letih? Perlukan tenaga tambahan?

Satu ikhtiar yang anda boleh cuba adalah dengan mengamalkan supplemen Resveratrol seperti Vivix.

 

Bagaimana Resveratrol membantu meningkatkan tenaga?

 

Resveratrol dalam Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam mitochondria yang merupakan penjana tenaga dalam sel-sel badan kita.

Bila sel-sel badan anda bertenaga, secara automatiknya badan anda pun bertenaga. Barulah tak letih.

 

Berapa harga sebotol Vivix?

 

Harga Vivix adalah RM 475 sebotol. Ianya untuk kegunaan sehingga 2 bulan.

Bonus tambahan yang bakal anda dapat bila amalkan Vivix adalah kulit bertambah licin dan anjal. Wow sangat kan.

 

Jom tengok satu testimoni:

 

Sori  Sis. I tadi sibuk. Kerja.

Baik sis. I dah rasa tubuh lebih fresh dan bertenaga.

Kulit pun nampak lebih licin dan anjal.

 

Untuk order, anda boleh terus whatsapp Ros di 019-367 3245 sekarang!

7 Cara Mudah Menjaga Kulit Wajah Bagi Mereka Yang Bekerjaya

Assalamualaikum

Bagi mereka yang bekerjaya, penampilan diri amat penting, lebih-lebih lagi mereka yang sering berjumpa klien. Selain pemilihan pakaian, anda juga perlu memastikan wajah anda kelihatan berseri dan tidak kusam. Kulit wajah yang sihat dan berseri secara tidak langsung boleh meningkatkan keyakinan diri.

 

Ketika berinteraksi dengan klien, perlu ada eye contact. Pastinya klien anda akan memandang wajah anda ketika anda bercakap. Jadi, amat penting untuk anda menjaga kulit wajah anda.

 

Jom tengok 7 cara mudah untuk menjaga kulit wajah:

7 Cara Mudah Menjaga Kulit Wajah

 

  • Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bagi yang memiliki kulit yang berminyak, anda perlu cuci muka dengan lebih kerap.

 

  • Pakai toner setiap kali selepas mencuci muka untuk menutup kembali pori-pori wajah yang terbuka semasa mencuci muka.

 

  • Sapu krim pelindung uv setiap kali anda hendak keluar untuk melindungi kulit daripada sinaran uv yang berbahaya.

 

  • Minum air sekurang-kurangnya 2 liter untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrat.

 

 

  • Kawal stress anda agar anda tak nampak tua sebelum masanya.

 

  • Tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.

 

Jika kulit anda tiada masalah yang besar, eloklah anda konsisten amalkan cara penjagaan wajah di atas. Pasti kulit anda kekal sihat dan berseri.

 

Bagi yang ada masalah seperti berjerawat, eloklah anda rawat kulit anda secepat mungkin sebelum bertambah parah. Boleh teruskan membaca entri Ros sebelum ni >> Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cara Yang Selamat.

Persediaan Menghadapi Masa Depan

Assalamualaikum

Pernah anda terfikir umur 60 tahun nanti, anda tengah buat apa?

Tengah main dengan cucu-cucu ke? Berada di rumah sendiri ke? Atau duduk di rumah orang tua? Sibuk melancong ke? Buat umrah tiap-tiap tahun ke?

Mudah-mudahan Ros masih panjang untuk sampai umur masa tu.

Sebenarnya masa berjalan dengan sangat pantas. Rasa macam baru je bersalin anak pertama. Sekarang anak dah masuk tiga.

Nanti anak-anak masuk sekolah, masuk uni, bekerja, berkahwin dan ada anak.

Masa tu nak ke kita bergantung kat anak-anak. Masa tu tak tahu lagi keadaan ekonomi negara macam mana.

Sebagai persediaan menghadapi masa depan, kita sendiri kena stabilkan kewangan untuk menghadapi usia emas nanti. Buat tabung untuk persaraan. Langsaikan hutang secepat mungkin. Beli hartanah. Beli emas dan sebagainya.

Masa muda ni lah nak kena pulun habis-habisan agar senang kehidupan kita nanti. Kalau boleh, cabar diri untuk buat bisnes walaupun masih bekerja. Duit yang banyak bukan untuk jadikan diri kita riak. Tetapi supaya kita dapat bantu lebih ramai orang, dapat keluarkan zakat 4 angka, dapat bersedekah tanpa berkira-kira.

Lagi satu, kita juga perlu menjaga kesihatan supaya nanti kita jadi orang tua yang sihat. Kalau jadi tua dan sakit, diri sendiri dan keluarga juga yang susah. Pilih lah untuk jadi tua yang sihat.

Ros syorkan anda amalkan vitamin dan supplemen tambahan seperti Resveratrol. Yang terbaik adalah Vivix Shaklee. Kandungan Resveratrol dalam Vivix telah terbukti secara klinikal dapat melambatkan proses penuaan.

Sebagai kesimpulan, bekerja lah kita sekuatnya sementara masih muda ini. Usah diabaikan aspek kesihatan. Ambillah supplemen tambahan untuk bekalkan nutrisi kepada tubuh kita agar kita sentiasa cergas dan sihat. Untung keluarkan duit untuk beli vitamin. Ianya pelaburan untuk kesihatan jangka masa panjang.

Akhir sekali, kita tetap akan jadi tua dan kita boleh merendahkan risiko nak kena penyakit kronik seperti diabetes dan strok dengan supplemen Resveratrol. Silap-silap orang tegur anda nampak awet muda lepas amalkan supplemen Resveratrol. ­čÖé