Rawatan Semulajadi Di Rumah Untuk Kulit Berminyak

Assalamualaikum

Orang yang memiliki kulit berminyak kebanyakkannya mempunyai pori-pori wajah yang besar dan kerap menghadapi masalah kulit berjerawat. Kulit juga tidak licin dan kasar seperti kulit oren.

Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar minyak menghasilkan sebum yang terlalu banyak. Antara puncanya adalah perubahan hormon, stress dan pemakanan yang pedas, berlemak dan berminyak.

Ros ingin kongsikan rawatan semulajadi yang anda boleh lakukan sendiri di rumah untuk mengurangkan kulit berminyak.

 

Rawatan Semulajadi Untuk Kulit Berminyak:

1. Daun Lidah Buaya

Daun lidah buaya bersifat anti mikrob untuk mengelakkan jerawat tumbuh di kulit. Selain daripada itu, daun lidah buaya juga dapat menyerap lebihan minyak.

Caranya:
Potong daun lidah buaya untuk mengambil gelnya. Sapu gel di wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 hingga 3 kali sehari.

 

2. Madu

Madu dapat mengurangkan minyak di permukaan kulit. Dengan sifat anti septik semulajadinya, ia baik untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Madu juga membantu melembapkan kulit secukupnya tanpa menjadikan kulit terlalu berminyak.

Caranya:
Sapu madu ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit. Bilas wajah anda dengan air bersih.

 

3. Cuka Epal

Cuka Epal mempunyai sifat anti mikrob yang dapat menghalang terjadinya jerawat akibat lebihan minyak dan bakteria.

Ia juga kaya dengan Alpha Hydroxy Acid (AHA) untuk melembapkan kulit.

Caranya:
Campurkan 1 sudu besar cuka epal ke dalam segelas air masak. Minum setiap malam sebelum anda masuk tidur.

 

4. Yogurt

Yogurt mengandungi asid laktik yang membantu menanggalkan kulit mati dengan lembut dan menyerap minyak berlebihan di permukaan kulit wajah.

Caranya:
Ambil lebih kurang 1 sudu besar plain yogurt dan sapu di seluruh wajah. Selepas 15 minit, bilas dengan air yang bersih.

 

5. Putih telur

Putih telur juga membantu mengurangkan lebihan minyak. Ia juga dapat menegangkan kulit.

Caranya:
Ambil putih telur dan pukul sehingga kembang. Sapu ke seluruh wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air suam.

 

Amalkan rawatan semulajadi ini setiap minggu untuk menampakkan kesan yang positif.

Nak tips lain untuk kulit berminyak?

Baca ni >> Tips Penjagaan Kulit Berminyak Yang Anda Patut Amalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge