Kepentingan Air Untuk Kesihatan Kulit

Assalamualaikum

Setiap daripada kita mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Ada yang memiliki kulit jenis kering, berminyak dan kombinasi.

Jenis kulit juga boleh berubah di setiap peringkat umur. Ketika remaja, anda mungkin memiliki kulit jenis kombinasi atau jenis berminyak. Ini disebabkan oleh perubahan hormon.

Tetapi jika anda ada masalah jerawat, elakkan memicit jerawat agar ia tidak menjadi parut.

Bila dah dewasa, kulit anda boleh bertukar kepada jenis normal. Alhamdulillah. Jenis kulit yang tiada banyak masalah.

Sekiranya anda kurang minum air untuk tempoh yang lama, kulit anda boleh menjadi kering. Jika ini terjadi, sila minum air kosong dengan lebih banyak.

Formula biasa untuk mengetahui jumlah pengambilan air anda adalah:
25 kg berat badan bersamaan 1 liter air kosong.

Sebagai contoh:
Jika berat badan anda 50 kg, anda perlu minum 2 liter air atau lebih.

Dalam kes ternyahhidrat atau bahasa mudahnya, kurang air, anda disarankan untuk minum lebih daripada pengiraan di atas agar kulit anda kembali normal.

Air merupakan faktor penting untuk memastikan kulit anda sihat dan tidak kering.

Usah culas untuk memenuhi keperluan air harian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge