Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Sunway Geo Tower

Assalamualaikum

Siang tadi sempat Ros hadirkan diri di Shaklee Care Event yang berlangsung selama 2 hari bermula semalam.

Event ini diadakan di Home Office Shaklee yang baru yang terletak di Sunway Geo Tower.

Kalau dari rumah Ros, dekat sikit lah Shaklee Home Office yang baru ni berbanding office lama di Sunway Pinnacle.

Tapi, tak dapatlah nak singgah Sunway Pyramid lepas shopping produk Shaklee lepas ni.

Ha.. ok..berbalik kepada cerita event siang tadi, bagi Ros event ni amat menarik. Ada pemeriksaan BMI, pemeriksaan bacaan gula dan kolesterol serta pemeriksaan tulang.

Ini merupakan pengalaman pertama Ros menjalani pemeriksaan tulang.

Kita perempuan sebenarnya banyak kehilangan kalsium. Semasa hamil, menyusukan anak, kita perlukan banyak kalsium.

Jika tidak mengambil supplemen kalsium dan makanan berasaskan tenusu yang cukup, kalsium akan dicuri daripada tulang dan gigi.

Ngeri juga fakta ni. Lepas ni, wajib ambil supplemen kalsium atau Ostematrix supaya tak kena osteoporosis.

Antara lain yang menarik semasa event Shaklee Care ini adalah demo cafe, games booth dan tornado chamber. Banyak hadiah menarik diberikan sepanjang hari.

Rezeki famili Ros, kami dapat beg hitam Shaklee yang menawan tu, Tupperware dan juga tumbler hitam-hijau.

Bagi anda yang ingin menyertai event Shaklee Care, anda boleh datang pada 20 dan 21 Mei nanti.

Lebih menarik jika anda daftar sebagai ahli sebelum event tersebut. Anda berpeluang mendapat masa tambahan dalam tornado chamber tu.

Lagi banyak masa anda ada, lagi besar peluang anda untuk memenangi hadiah menarik seperti Vivix yang berharga RM 475 tu.

Untuk pendaftaran ahli, anda boleh hubungi Ros di 019-367 3245.

Best sangat event macam ni. Boleh tahu tahap kesihatan anda. Nutritionist akan beri konsultasi berdasarkan hasil pemeriksaan tersebut.

Menarik? Jom sertai event Shaklee Care seterusnya!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge