Tips Penjagaan Wajah Bagi Mereka Yang Memiliki Kulit Jenis Kombinasi

Assalamualaikum

Mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi adalah mereka yang mempunyai kulit berminyak di bahagian T-zone ( dahi, hidung dan dagu) dan kulit kering di bahagian pipi.

Jika anda belum tahu kulit anda jenis yang mana, boleh baca entri ni >> Cara Nak Tentukan Jenis Kulit Muka.

Kulit berminyak membuatkan liang pori menjadi besar, jerawat kerap naik dan muka kelihatan berkilat.

Kulit kering pula buat anda rasa gatal, kulit menggelupas dan kemerah-merahan.

Masalah kulit yang anda alami bergantung kepada jenis kulit mana yang lebih dominan.

Jom Ros kongsikan tips mudah untuk menjaga wajah yang memiliki kulit kombinasi.

 

Tips Untuk Kulit Jenis Kombinasi

 

1. Pastikan wajah anda sentiasa bersih sepanjang masa agar ia susah nak naik jerawat.

Jika kulit berminyak lebih dominan, anda boleh cuci muka dengan lebih kerap dengan pencuci muka yang lembut.

Baca ni >> Pencuci Muka Yang Lembut Kegemaran Ros

 

2. Guna pelembap yang sesuai dengan kulit anda.

Kuantiti pelembap yang anda perlu sapu ke muka adalah berbeza untuk T-zone dan bahagian pipi.

T-zone yang memiliki kulit jenis berminyak hanya perlukan sapu yang minimal sementara untuk bahagian pipi yang kulitnya lebih kering, anda boleh sapu lebih untuk melembapkannya.

 

Anda juga boleh cuba >> Rawatan Semulajadi Di Rumah Untuk Kulit Berminyak.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge