Sunburn Hilang, Liang Pori Mengecil

Assalamualaikum

Bagi wanita yang bertudung, masalah sunburn akan membuatkan wajah seperti ada sempadan antara muka dan kawasan yang dilitupi tudung terutamanya di bahagian pipi. Sakit mata tengok sempadan hitam putih tu. Bagaimana nak hilangkan sunburn tu?

Jom Ros kongsikan satu cerita Puan Irdayati yang mengalami masalah sunburn akibat sering terdedah kepada cahaya matahari ketika menjalankan tugas.

KINI KULIT SAYA TIDAK SUNBURN LAGI. MALAH LIANG PORI SAYA JUGA MENGECIL

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.
.
Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek.

Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.

Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya.

Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.

Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia.

Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.

Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!

Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!

Kredit to:
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 42: IRDAYATI ABDUL AIR

Berminat dengan set yang diamalkan oleh Puan Irdayati? Hubungi Ros di 019-367 3245.

Testimoni Set Asas Nutriwhite- Menjaga, Membelai dan Melindungi

Assalamualaikum

Ros dah jatuh cinta dengan Set Asas Nutriwhite. Berbunga-bunga sangat.

Sebelum ni malas nak cuci muka, pakai toner dan sebagainya sebab Ros rasa kulit Ros dah cantik. Bukan nak puji kulit sendiri, tapi ramai yang cakap macam tu. Syukur Alhamdulillah.

 

Tapi kan, bila Ros join kelas facial guna Set Nutriwhite ni, baru Ros sedar yang kulit kalau takde masalah yang teruk, masih perlu dijaga, dibelai dan dilindungi.

Untuk tujuan itu, Ros amalkan Set Asas Nutriwhite:

1. Gentle Deep Foaming Cleanser: mencuci wajah dengan lembut sehingga ke liang pori.

2. Soothing Radiance Whitening Softener: menutup liang pori yang terbuka dan menyegarkan kulit.

3. Ultimate Protection Whitening Lotion: mengandungi SPF15 untuk memberikan perlindungan kepada kulit.

 

Disebabkan Set Nutriwhite ni sesuai sangat untuk kulit orang Asia seperti kita ni, Ros nak kongsikan kebaikannya dengan anda. 🙂

Jom tengok 1 testimoni:

 

 

Serius lepas je dia share gambar tadi selepas guna set basic NW ….memang superb cantik giler kulitnya 😍
Terus rasa nak order set nutrwhite sekarang Jugak 😍

Baca apa perasaannya selepas menggunakan Set Asas Nutriwhite.

Nutriwhite basic mmg sda cuba kak n.. Memang bagus untuk kulit.. Lelbih-lebih lagi kalau pakai satu set memang berkesan la.. Saya guna pencuci muka nutriwhite memang segar. Lepas cuci muka saya pakai pula soothing radiance whitening softener dan saya pakai juga ultimate protection whitening lotion.. Naa memang terbaik hasil nya.. 👍👍👍👍bukan ja putih kak n, memang halus kulit muka.. Blackhead pun makin kurang.. Kalau cakap pasal tempoh penggunaan, memang jimat kalau pakai.. Pakai sikit-sikit ja, tapi kesan tip top.. 😍😍

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Set Asas Nutriwhite, bolehlah hubungi Ros di 019-367 3245.

 

Berminat nak cuba terus Set Asas Nutriwhite?

Klik je >> ORDER NOW.

Selepas mengesahkan produk yang ingin dibeli, anda akan diminta untuk memberikan details seperti nama, alamat, no telefon dan email untuk tujuan pengeposan.

Seterusnya, pembayaran boleh dibuat samada dengan menggunakan kad debit/ kad kredit.

Tadaa.. siap.

Tunggu sahaja produk dihantarkan ke alamat yang anda masukkan tadi. 🙂

Kepentingan Air Untuk Kesihatan Kulit

Assalamualaikum

Setiap daripada kita mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Ada yang memiliki kulit jenis kering, berminyak dan kombinasi.

Jenis kulit juga boleh berubah di setiap peringkat umur. Ketika remaja, anda mungkin memiliki kulit jenis kombinasi atau jenis berminyak. Ini disebabkan oleh perubahan hormon.

Tetapi jika anda ada masalah jerawat, elakkan memicit jerawat agar ia tidak menjadi parut.

Bila dah dewasa, kulit anda boleh bertukar kepada jenis normal. Alhamdulillah. Jenis kulit yang tiada banyak masalah.

Sekiranya anda kurang minum air untuk tempoh yang lama, kulit anda boleh menjadi kering. Jika ini terjadi, sila minum air kosong dengan lebih banyak.

Formula biasa untuk mengetahui jumlah pengambilan air anda adalah:
25 kg berat badan bersamaan 1 liter air kosong.

Sebagai contoh:
Jika berat badan anda 50 kg, anda perlu minum 2 liter air atau lebih.

Dalam kes ternyahhidrat atau bahasa mudahnya, kurang air, anda disarankan untuk minum lebih daripada pengiraan di atas agar kulit anda kembali normal.

Air merupakan faktor penting untuk memastikan kulit anda sihat dan tidak kering.

Usah culas untuk memenuhi keperluan air harian anda.

Bagaimana Nak Nampak Awet Muda?

Assalamualaikum

Antara tanda-tanda penuaan adalah munculnya garis-garis di wajah terutamanya di tepi mata dan di tepi bibir.

Kedutan dan garis halus ini akan membuatkan wajah nampak tua dari usia sebenar.

Menjadi tua itu pasti selagi belum sampai ajal. Tetapi kita boleh melambatkan proses penuaan.

Dalam erti kata lain, nampak awet muda. Umur 50-an nampak seperti 40-an. Masih sihat dan mampu berjogging lagi.

Macam pakcik Hasmad ni. Siap berjogging di bawah Eiffel Tower lagi.

Siap jogging. Dah plan dari kat Malaysia nak jogging bawah Eiffel Tower.

Diorang ni cam biasa malam baru balik.

Lega juga bawak mak bapak sebenarnya.

Nak travel ni kena fit. Mak cakap hari-hari kat Malaysia diorang mesti jogging sejam round taman.

Makan Vivix dan Collagen tak boleh miss.

 

Rahsianya adalah dengan bersenam atau berjogging setiap hari. Di samping itu, beliau juga amalkan supplemen tambahan seperti Vivix dan Collagen Powder.

Vivix merupakan supplemen yang tinggi antioksidan. Dengan gabungan polifenol dan Resveratrol, ia menjadikan Vivix 10 kali ganda sangat berkuasa berbanding supplemen Resveratrol yang lain.

Collagen Powder juga penting untuk meremajakan kulit selain memelihara kesihatan sendi dan lutut.

 

Hebat penangan Vivix ni..

Mak dan anak nampak macam kakak dan adik.

Boleh tengok sendiri Puan Sharifah bersama ibunya.

Nak nampak awet muda seperti mereka di atas?

Anda boleh amalkan supplemen untuk melambatkan proses penuaan ini.

 

Supplemen Untuk Awet Muda

1. Vivix: supplemen anti-aging yang kaya dengan Resveratrol untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak serta melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas.

2. Collagen Powder: membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan dan garis halus.

 

Jom tengok testimoni seterusnya:

Itulah sebahagian #VivixEffects yang ramai dah rasai.

 

Teruja nak dapatkan Set Awet Muda ini?

 

Anda boleh klik ORDER NOW untuk pembelian terus dengan Shaklee.

Selepas mengesahkan produk yang ingin dibeli, anda akan diminta untuk memberikan details seperti nama, alamat, no telefon dan email untuk tujuan pengeposan.

Seterusnya, pembayaran boleh dibuat samada dengan menggunakan kad debit/ kad kredit.

Tadaa.. siap.

Tunggu sahaja produk dihantarkan ke alamat yang anda masukkan tadi.

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapatkan konsultasi dan cara makan selepas pembelian produk – Eksklusif untuk yang beli dari SirapAnggur.com. 🙂

Rawatan Semulajadi Di Rumah Untuk Kulit Berminyak

Assalamualaikum

Orang yang memiliki kulit berminyak kebanyakkannya mempunyai pori-pori wajah yang besar dan kerap menghadapi masalah kulit berjerawat. Kulit juga tidak licin dan kasar seperti kulit oren.

Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar minyak menghasilkan sebum yang terlalu banyak. Antara puncanya adalah perubahan hormon, stress dan pemakanan yang pedas, berlemak dan berminyak.

Ros ingin kongsikan rawatan semulajadi yang anda boleh lakukan sendiri di rumah untuk mengurangkan kulit berminyak.

 

Rawatan Semulajadi Untuk Kulit Berminyak:

1. Daun Lidah Buaya

Daun lidah buaya bersifat anti mikrob untuk mengelakkan jerawat tumbuh di kulit. Selain daripada itu, daun lidah buaya juga dapat menyerap lebihan minyak.

Caranya:
Potong daun lidah buaya untuk mengambil gelnya. Sapu gel di wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 hingga 3 kali sehari.

 

2. Madu

Madu dapat mengurangkan minyak di permukaan kulit. Dengan sifat anti septik semulajadinya, ia baik untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Madu juga membantu melembapkan kulit secukupnya tanpa menjadikan kulit terlalu berminyak.

Caranya:
Sapu madu ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit. Bilas wajah anda dengan air bersih.

 

3. Cuka Epal

Cuka Epal mempunyai sifat anti mikrob yang dapat menghalang terjadinya jerawat akibat lebihan minyak dan bakteria.

Ia juga kaya dengan Alpha Hydroxy Acid (AHA) untuk melembapkan kulit.

Caranya:
Campurkan 1 sudu besar cuka epal ke dalam segelas air masak. Minum setiap malam sebelum anda masuk tidur.

 

4. Yogurt

Yogurt mengandungi asid laktik yang membantu menanggalkan kulit mati dengan lembut dan menyerap minyak berlebihan di permukaan kulit wajah.

Caranya:
Ambil lebih kurang 1 sudu besar plain yogurt dan sapu di seluruh wajah. Selepas 15 minit, bilas dengan air yang bersih.

 

5. Putih telur

Putih telur juga membantu mengurangkan lebihan minyak. Ia juga dapat menegangkan kulit.

Caranya:
Ambil putih telur dan pukul sehingga kembang. Sapu ke seluruh wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air suam.

 

Amalkan rawatan semulajadi ini setiap minggu untuk menampakkan kesan yang positif.

Nak tips lain untuk kulit berminyak?

Baca ni >> Tips Penjagaan Kulit Berminyak Yang Anda Patut Amalkan.