Apa Rahsia Akak Ni Sampai Power Rabun Matanya Turun?

Assalamualaikum

.
[POWER RABUN SAYA MENURUN HANYA DALAM MASA 5 MINGGU]
.
Assalamualaikum.

Nama saya Siti Mashidayu. Saya ingin berkongsi dengan anda kisah mengenai mata saya.
.
.
Saya mengalami masalah mata iaitu rabun jauh sejak dari tngkatan 3. Kerana saya amat gemar membaca buku dan menonton televisyen. Rabun saya bermula dengan power 100 dan sekarang bertambah hingga menjadi 375.
.
.
Dalam 6 bulan yang lepas, saya baru sahaja menukar cermin mata saya dari power 300 hingga menjadi 375. Kenaikan sebanyak 75 power mata saya itu menyebabkan saya mengalami sakit kepala dibahagian depan kepala, dan diatas kening. Saya sangkakan saya mengalami migraine. Tapi bila cek dengan optometris, power saya dah bertambah.
.
.
Saya pun terus memilih untuk membuat cermin mata baru dengan power 375. Saya amat takut waktu tu kerana saya tak gemar memakai cermin mata. Kerana saya telah sedaya upaya mencuba menurunkan power rabun dengan makan lobak yang banyak. Tapi masih tiada hasil penurunan power rabun saya.
.
.
Usia perkahwinan saya hampir 11 bulan. Tetapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Jadi saya ambil initiative untuk mencuba mengamalkan Vivix Shaklee dimana dari pembacaan saya, ia boleh membantu untuk hamil.
.
.
Setelah 5 minggu saya amalkan Vivix sebanyak 2 hari sekali, setengah sudu. Saya merasakan perubahan yang amat ketara pada mata saya. Setiap hari saya sakit kepala. Saya dah tak boleh pakai cermin mata saya lebih dari 2 jam. Kalau tidak, saya akan sakit kepala, mata saya berat dan pening-pening.
.
.
Kerana tak tahan sangat, saya pergi lagi berjumpa optometris. Doktor disitu membuat ujian test mata pada saya sebanyak 2 kali, kerana menyedari ada sesuatu yang terjadi pada mata saya. Setelah dikaji, rupanya masalah pening saya berkaitan dengan power mata yang tidak serasi.
.

Rupa-rupanya power saya sudah menurun sebanyak 50 belah kiri, dan 50 juga belah kanan. Alhamdulillah saya terkejut sangat kerana amat tidak menyangka, selama ni saya beranggapan, bila dah rabun susah nak turun. Makin menaik ada lah. Rupa-rupanya tidak sama sekali.
.
.
Saya amat bersyukur dan sekarang saya dah tukar cermin mata baru dan masih mengamalkan pengambilan vivix untuk bebas dari cermin mata dan untuk kesihatan dalaman saya.
.
.
Doakan saya dapat rezeki menimang baby pulak. Terima kasih Allah, Terima kasih Vivix.

#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse

Kredit to:

SEPTEMBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 3: MASHIDAYU MOHYI

Perlukan konsultasi untuk masalah rabun? Hubungi Ros di 019-367 3245 segera.

Tips Bergambar di Aidilfitri

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Amboi berseri-seri semuanya kan.

Tahun ini kami memilih untuk sedondon hijau gelap. Khadijah je yang special sikit. Pakai baju kurung yang dihadiahkan oleh cikgu-cikgunya di taska.

Jom Ros kongsikan gambar raya kami tahun ini.

 

Tips nak bergambar semasa hari raya:

1. Ambil gambar seawal mungkin.

Pagi raya bila semua dah siap pakai baju raya, mulakan photoshot segera. Ini kerana bila anak-anak dah mula main dengan cousins mereka, susah nak suruh mereka bergambar.

Luqman asyik cakap je, dah dah lah tu ambil gambar. Huhu.

 

2. Ambil gambar di sebelah pagi

Bila dah tengahari, cuaca dah panas. Nak bergambar ramai-ramai ambil masa nak setting orangnya dan kameranya. Haha.

Lagi pun waktu tengahari, anak yang kecil pun dah mengantuk. Lagipun, waktu pagi, baju anak-anak pun belum comot lagi.

 

3. Set masa untuk bergambar ramai-ramai

Beberapa sebelum raya, pakat dengan adik-beradik, pukul berapa nak bergambar. Ramai-ramai ni macam-macam plan ada. Ada yang nak kena bertolak ke rumah mertua lepas tengahari.

Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai bagi semua ada kan. Jadi, setlah masa untuk bergambar.

 

Oklah. Tu je tips ringkas dari Ros.

Selamat hari raya aidilfitri daripada kami sekeluarga.

Menu Hari Raya Pertama

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Masak apa untuk raya pertama ni?

Kami berpeluang makan nasi daging abah yang special di tengahari raya pertama.

Lepas balik dari solat hari raya, baru abah mula memasak. Ros tolong potong-potong tomato dengan bawang je.

Abah masak 4kg beras basmati. Jadinya, masak kat luar rumah.

Dari dulu lagi, dok tengok abah masak. Tapi tetap tak dapat buat sesedap yang abah buat.

Ros kongsikan gambar nasi daging hampir masak.

Sedap sangat nasi daging abah. Biasanya kami makan dengan daging masak ros, air asam dengan acar timun.

Lain kali lah Ros kongsikan resepinya ya.

Selamat berehat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum

Raya tahun ini kebanyakkan daripada kita akan mengambil cuti 3 hari iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat untuk mendapatkan cuti yang panjang.

Bagi yang tidak mengambil cuti tambahan, tak apa. Pasti ada hikmahnya.

Gunakan cuti raya ini sebaik-baiknya untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan.

Menu semasa hari raya ini pasti mengujakan. Ketupat, rendang, lontong, kuah kacang, sate dan pelbagai jenis nasi. Itu belum lagi kuih dan biskut raya.

Demi kesihatan anda, makanlah berpada-pada semasa musim perayaan ni. Sebelum makan rendang ketupat, telanlah dulu Lecithin untuk memecahkan lemak yang anda makan agar tidak melekat di salur darah.

Kurangkan minum minuman manis dan bergas. Banyakkan minum air masak. Walaupun cuti, pastikan anda masih minum air masak lebih 2 liter sehari.

Ros doakan anda kekal sihat dan berseri sepanjang musim perayaan ini.

Kami di SirapAnggur.com ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

 

Balik Beraya Di Kampung 2017

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kami sekeluarga selamat sampai di kampung halaman, Kepala Batas semalam. Kami bertolak selepas kerja. Berbuka atas jalan semasa di Tapah. Ros dah tapau KFC siap-siap lepas keluar ofis semalam.

Gembira sungguh anak-anak balik kampung kali ini. Siap pesan taknak singgah mana-mana. Nak terus balik rumah tok.

Hari ni kami berbuka puasa di rumah famili Ros dahulu memandangkan malam nanti giliran menu berbuka abah di masjid.

Abah akan masak nasi beriani kambing. Petang nanti lepas siap masak, nasi beriani akan dihantar ke rumah.

Lepas berbuka baru kami balik ke kampung suami di Sungai Petani dan bermalam di sana pula.

Esoknya lepas berbuka balik ke kampung Ros semula untuk menyambut hari raya pertama di sini.

Seperti kebiasaannya balik raya kami berulang-alik antara Kepala Batas dan Sungai Petani. Mujur dekat je.

Giliran raya kami agak fleksibel. Selalunya akan diadjust ikut keadaan.

Memandangkan Ros lapan adik-beradik, baru 3 orang yang dah berkahwin. Ros dan adik no 1 kahwin dengan orang dekat-dekat sini juga. Yang adik no 2 kahwin dengan orang pahang.

Adik-adik yang bujang pastinya akan beraya di sini. Jadi, ramai orang di rumah mak abah.

Kalau belah suami tiada yang balik pada hari raya pertama, kami akan menyambut hari raya pertama di sebelah suami dahulu. Bagi meriah di rumah mertua Ros.

Tahun ini, belah suami ada yang balik beraya di rumah mertua Ros. Jadi, kami sekeluarga akan beraya di Kepala Batas dahulu.

Bagi anda yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung, Ros doakan anda selamat tiba di kampung halaman masing-masing.

Ros ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog SirapAnggur.com. Maaf zahir dan batin.

Tips Pulang Beraya Ke Kampung Halaman

Assalamualaikum

Beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Sedih pula nak tinggal Ramadhan. Mudah-mudahan kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.

Ramai yang dah on mood raya kan. Ada yang dah dalam perjalanan menuju ke kampung halaman. Ambil cuti awal.

Ada yang tengah packing dan akan bertolak selepas habis kerja nanti. Ada yang akan bertolak hari Jumaat selepas subuh.

Sumber: The Star Online

Apa-apa pun, rancanglah perjalanan anda sebaiknya.

Ros nak kongsikan sedikit tips untuk pulang berhari raya.

 

Tips Pulang Beraya Ke Kampung Halaman

 

1. Sediakan checklist barang yang perlu dibawa balik.

Kalau nak balik beraya, sudah semestinya baju raya kena bawa balik kan.

Untuk perempuan, tudung, kerongsang usah dilupakan. Bagi lelaki, songkok, sampin dan butang baju melayu kena ada dalam checklist.

Kalau boleh sediakan checklist ni, dua tiga minggu sebelum nak balik kampung.

Dalam list Ros, kuih raya, kerepek pun ada untuk dibawa balik.

Dengan checklist ni, tiada barang penting akan tertinggal.

 

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik

Sebelum balik kampung, service dahulu kereta anda. Semoga anda selamat sampai ke destinasi masing-masing.

 

3. Isi minyak penuh

Kebiasaannya, kami akan isi minyak penuh sebelum memulakan perjalanan. Stesen minyak di sepanjang highway pasti banyak kereta masa musim perayaan ni.

Jadi untuk menjimatkan masa, isi dahulu di stesen minyak berdekatan rumah anda.

 

4. Letakkan anak-anak dalam car seat mereka

Ros agak risau bila anak-anak tak duduk dalam car seat mereka.

Demi keselamatan mereka, pastikan mereka dipakaikan seat belt dan duduk dalam car seat masing-masing.

 

5. Bawa bekalan makanan dan minuman

Perjalanan ke kampung semasa musim perayaan, biasanya lebih lama berbanding balik kampung pada masa lain.

Jika bertolak petang sebelum waktu berbuka, anda boleh tapau makanan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, pastikan ada bekalan air masak dan kurma di dalam kereta.

RnR juga mungkin penuh. Jadi, belilah apa-apa makanan yang sesuai dimakan di dalam kereta.

 

Itu sahaja 5 tips daripada Ros. Jika anda ada tips lain, sudikanlah berkongsi di ruang komen.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin. 🙂

Wanita Ini Sembuh Dari Sinus, Migrain Dan Gastrik Pun Berkurangan

Assalamualaikum

Anda mempunyai masalah sinus yang teruk? Kerap bersin di waktu pagi? Kerap diserang migrain? Gastrik bila terlambat makan?

 

Jom Ros kongsikan pengalaman Puan Ayu yang mengalami masalah seperti yang Ros katakan tadi.

.

Assalamualaikum W.B.T.. Saya Ayu Adyani Ab Rahman, berumur 33 tahun dan berasal dari Kota Bharu. Saya berkerja sebagai guru dan memiliki 3 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengidap penyakit sinus, migrain dan gastrik di tahap kritikal.
.

Antara simptom yang saya hadapi ialah bersin yang berpanjangan, bengkak muka dan migrain yang teruk sehingga muntah-muntah. Saya juga kerap mengambil cuti sakit akibat daripada penyakit-penyakit ini. Saya telah mengidap penyakit ini sejak dari bangku sekolah lagi.
.

Untuk mengatasi masalah ini, saya kerap kali berjumpa dengan doktor, mengambil pain killer, PCM dan yang sewaktu dengannya. Saya juga pernah berjumpa dengan pakar neuro akibat masalah migrain yang teruk. Doktor memberi saya ubat-ubatan, pain killer dan ubat sinus pula perlu kerap diambil ketika sinus menyerang.
.

Saya mula mengenali Shaklee selepas kelahiran anak ketiga ketika hadir ke sebuah kelas nutrisi anjuran Shaklee. Pakar nutrisi dalam kelas telah menjelaskan serba sedikit tentang kepentingan mengambil supplemen tambahan Shaklee. Pulang dari kelas nutrisi, saya mula membuat kajian tentang Vivix, polifenol, resveratrol dan juga antioxidant.
.

Saya mula mengamalkan Vivix sejak kelas nutrisi tersebut dan mengambil sekurang-kurangnya 2 sudu sehari dan kadang-kadang lebih kerana rasanya yang enak. Antara produk Shaklee yang turut saya ambil ialah ESP, Vitalea, Garlic Complex, B-Complex, Omega Guard, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix, Lecithin, Herblax, GLA Complex dan juga Vita-E.
.

Di awal pengambilan supplemen-supplemen ini, saya mengalami ‘healing crysis’ yang agak teruk seperti muka menjadi sembap, pening dan demam yang teruk selama seminggu. Setelah beberapa minggu, saya mula perasan jerawat batu mulai kecut, muka semakin OK, parut-parut semakin pudar dan tidak lagi didatangi selsema.
.

 

Kini setelah 2 tahun, Alhamdulillah saya tidak lagi didatangi sinus dan tiada lagi rekod MC akibat sinus. Migrain dan gastrik saya juga semakin berkurang dan bebas daripada pain killer dan PCM. Yeayy!! Dah dua tahun tak sentuh PCM. Saya masih lagi konsisten mengamalkan supplemen-supplemen ini dan sudah tidak terkira berapa bilangan Vivix yang telah saya ambil.
.

Pesanan saya kepada anda ialah jaga kesihatan sebaik mungkin dan berikhtiarlah dengan cara yang paling selamat. Amalkan makan supplemen sebelum datang penyakit yang tidak diundang. Saya sangat berpuas hati dan berazam untuk membantu mereka yang ada masalah sama dengan saya untuk mencuba ikhtiar dengan Vivix dan supplemen lain juga. Kesihatan adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dijaga! Bila sihat apa yang kita lakukan akan menjadi lebih bererti dan cemerlang!
.

Terima kasih Allah kerana telah menemukan saya dengan produk hebat ini. TQ juga kepada pakar nutrisi yang memberi penerangan dan terima kasih juga kepada encik suami yang banyak memberi sokongan. Terima kasih buat ahli keluarga lain dan kawan-kawan. Lurve uollss..

Kredit:

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 7: AYU ADYANI AB RAHMAN

 

Jika anda mempunyai masalah yang sama, ikhtiarkanlah seperti yang Puan Ayu amalkan.

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk konsultasi lanjut.

Krim Hilangkan Eye Bag Dengan Cepat

Assalamualaikum

Selain mengamalkan petua semulajadi untuk hilangkan eye bag atau lingkaran hitam bawah mata, anda juga boleh sapukan krim Eye Treatment daripada Shaklee.

 

Fungsi Eye Treatment Shaklee:

1. Membantu mengurangkan sembap di sekeliling mata

2. Membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan

3. Membantu meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit

 

Jom tengok 2 testimoni pengguna yang menggunakan krim eye treatment Shaklee untuk kurangkan eye bag atau lingkaran hitam bawah mata.

 

Testimoni 1:

 

Testimoni 2:

 

Berminat nak dapatkan krim eye treatment untuk hilangkan eye bag?

Hubungi Ros di 019-367 3245 segera.

Cara Hilangkan Eye Bag Dengan Menggunakan Bahan Yang Ada Di Rumah

Assalamualaikum

Eye Bag atau lingkaran hitam di sekeliling mata boleh menjejaskan penampilan kita.

Perkara ini boleh berlaku jika anda tidak mendapat tidur yang cukup setiap hari.

Ros huraikan sebab-sebab terjadi lingkaran hitam bawah mata ini di entri yang lain ya.

Jika dibiarkan, masalah eye bag boleh menjadi bertambah teruk. Makin sukarlah untuk dipulihkan ke keadaan yang asal.

Jadi, eloklah anda ikhtiarkan untuk hilangkan eye bag anda seberapa segera sebelum anda dipanggil mata panda. Oppss..

Jom tengak cara hilangkan eye bag dengan menggunakan bahan yang ada di rumah:

1. Baking soda

Selain untuk hilangkan whitehead, campuran baking soda dan air juga boleh digunakan untuk kurangkan eye bag.

Caranya:
Baking soda dicampur dengan sedikit air untuk membentuk paste. Sapukan di bawah mata. Biarkan kering sehingga 5-10 minit. Sapu dengan tuala lembap untuk bersihkannya.

2. Uncang teh

Selepas ini anda boleh simpan uncang teh selepas buat satu teko air teh. Teh menpunyai sifat diuretik yang boleh mengurangkan bengkak bawah mata.

Caranya:
Rendam 2 uncang teh di dalam air suam. Biarkan sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam peti sejuk. Selepas itu, letakkan satu uncang di mata kanan dan satu uncang lagi di mata kiri. Biarkan selama 5 minit.

3. Hirisan timun

Yang ni mesti ramai yang dah tahu. Kita dah biasa dengarkan hirisan timun boleh menyegarkan mata yang letih dan mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.

Caranya:

Baring dan pejam kedua-dua belah mata. Letakkan hirisan timun di setiap mata. Pastikan bahagian bawah mata juga dilitupi dengan timun tersebut. Tunggu sehingga 10-15 minit.

Selepas ini, pastikan anda ada 3 bahan ini di rumah untuk hilangkan eye bag dengan pantas.

Nak lagi tips hilangkan eye bag?

Tunggu…

Cara Semulajadi Untuk Hilangkan Whitehead

Assalamualaikum

Nak tahu tak cara semulajadi untuk hilangkan whitehead?

Jom Ros kongsikan 3 cara semulajadi yang anda boleh lakukan di rumah untuk hilangkan whitehead.

1. Rawatan steam

Ros ada kongsikan cara nak buat stream di rumah di entri sebelum ni.

Steam akan membantu membuka liang pori dan melonggarkan kotoran, minyak dan sel kulit mati di liang pori.

2. Baking soda

Baking soda merupakan agen pengelupasan lembut yang boleh digunakan untuk menanggalkan whitehead.

Caranya:
Bancuh satu sudu teh baking soda dengan sedikit air. Sapukan di tempat yang ada whitehead. Bilas selepas beberapa minit.

3. Oatmeal

Oatmeal juga boleh digunakan untuk scrub kulit wajah secara lembut. Selain itu, oatmeal juga berupaya menyerap lebihan minyak.

Caranya:
Campurkan oatmeal dengan sedikit air. Sapu pada wajah dan biarkan selama 10 minit. Scrub wajah anda dan bilas dengan air suam.

Mudahkan.. kos rawatan semulajadi untuk hilangkan whitehead ini juga murah je.

Selamat mencuba.