Pos Laju EziDrop di Giant Kota Damansara

Assalamualaikum

Siapa tinggal di area Damansara, mesti tahu IPC (ikano power center) sedang renovate.

Dulunya ada pejabat pos di level LG. Tetapi sekarang dah tutup untuk beri laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan IPC.

Dahulu pejabat pos di IPC, Mutiara Damansara ni sangat memudahkan urusan Ros. Waktu lunch boleh singgah ke pejabat pos. Tak perlu drive keluar.

Jadinya, Ros dan rakan-rakan peniaga online yang lain kenalah mencari pejabat pos yang lain untuk pos barang.

Selagi boleh, Ros akan order online dan biarkan company yang uruskan proses pembungkusan produk dan pengeposan produk ke customer.

Tetapi ada juga beberapa produk yang out-of-stock kebelakangan ini dan stock ada di tangan Ros. Jadi, Ros perlu pergi juga ke pejabat pos.

Sekarang, lepas kerja Ros bergegas ke pejabat pos di Giant, Kota Damansara jika ada barang untuk dipos.

 

Pejabat pos Kota Damansara beroperasi seperti berikut:

Isnin – ┬áSabtu : 9:30 pagi – 6:00 petang

Tutup pada hari Sabtu minggu pertama, Ahad dan cuti umum.

 

Mujur ada juga Pos Laju Prepaid EziDrop. Boleh juga drop kat situ jika barang kurang daripada 2kg.

Yang penting, anda dah ada plastik poslaju prepaid bersama consignment note. Malam atau wiken pun masih boleh drop bungkusan.

Kalau drop sebelum pukul 4 dari hari isnin hingga sabtu, penghantaran boleh dilakukan keesokkan hari bekerja.

 

Untuk menggunakan Pos Laju Prepaid EziDrop, ikut je langkah yang tertera di skrin.

Jom Ros kongsikan cara guna EziDrop:

1. Pilih bahasa
2. Scan consignment note
3. Masukkan poskod
4. Sahkan bandar tempat bungkusan perlu dihantar
5. Masukkan bungkusan ke dalam peti dan tutup
6. Ambil resit

Pertama kali guna EziDrop ni, Ros terkial-kial juga ikut arahan. Bila dah selalu guna, eh.. senang nya. Ramai pemilik bisnes online gunakan perkhidmatan ini seperti penjual tudang dan baju.

 

Harapan Ros, semoga poslaju akan letak juga Pos Laju EziDrop ni di Mutiara Damansara.

Mesti ramai yang sokong kan..

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge