Rawatan Semulajadi Untuk Hilangkan Jeragat

Assalamualaikum

Jom Ros kongsikan beberapa rawatan semulajadi untuk atasi masalah jeragat.

1. Kentang
Kentang boleh digunakan untuk mencerahkan kawasan berjeragat. Selain jeragat, kentang juga membantu mengurangkan masalah lingkaran hitam di sekeliling mata.

Ambil kentang bersaiz sederhana dan potong kepada 2 bahagian. Letakkan beberapa titis air di permukaan kentang dan sapu di tempat yang ada jeragat.

2. Timun dan lemon

Timun dan lemon merupakan agen pencerah semulajadi. Sapukan kedua-dua bahan ini di tempat jeragat selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

3. Betik

Penggelupasan kulit secara semulajadi dengan menggunakan betik yang diparut boleh mengatasi masalah jeragat.

Ambil sepotong betik dan parut isinya. Keluarkan jus dan sapu di kawasan berjeragat. Biarkan sehingga 20 minit dan bilas dengan air suam.

4. Avocado

Avocado sangat bagus untuk merawat masalah jeragat. Ia kaya dengan asid lemak dan vitamin c.

Lenyek setengah biji avocado dan sapu ke tempat berjeragat.

Pastikan anda tiada alahan terhadap susu getah sebelum anda mencuba hilangkan jeragat dengan avocado.

5. Susu dan kacang almond

Kulit kering boleh membawa kepada masalah jeragat. Berikan kelembapan kepada kulit anda dengan rawatan susu dan kacang almond.

Rendam kacang almond semalaman. Buang kulit dan campurkan dengan sedikit susu. Sapu di tempat berjeragat.

Kesemua rawatan semulajadi di atas bergantung kepada keadaan jeragat anda. Ada yang sebulan konsisten dengan salah satu cara di atas, dah boleh nampak perubahan.

Yang penting, berikhtiarlah. Boleh baca entri Ros sebelum ini mengenai >> Jeragat

Semoga bermanfaat.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge