Hargailah Masa Kecil Anak-Anak

Assalamualaikum

Semenjak anak dah masuk tiga ni, masa dirasakan berjalan dengan begitu pantas. Banyak sangat perbezaannya kalau nak dibandingkan ketika masih belum punya anak.

Dahulu selepas bangun pagi hanya perlu siapkan pakaian diri sendiri dan suami. Kalau ikutkan sempat lagi nak masak breakfast kalau rajin. Hihihi.

Sekarang pula terjaga bangun pagi sebab anak nak menyusu. Lepas tu kena bangun awal pukul 4 5 pagi sebab nak siapkan barang anak-anak ke nursery dan tadika. Itu kalau tido awal, beg anak-anak tak siap lagi.

Pengalaman Ros menyusukan anak dengan susu ibu dari anak pertama sehingga yang no 3 ni, beg susu anak paling penting. Setakat ni tak pernah tertinggal lagi di rumah. Tapi pernah berlaku, susu yang dibekalkan ngam-ngam je.

Bila susu ngam-ngam je memang Ros lah yang kalut risaukan anak lapar sepanjang perjalanan balik ke rumah. Perjalanan dari nursery ke rumah pula mengambil masa sehingga sejam lebih jika jem.

Tiba di rumah, pastinya tanpa bertangguh lagi kena susukan anak dahulu sebelum buat kerja rumah lain seperti memasak.

Bila anak dah kenyang, barulah senang hati nak masak makan malam. Sambil tu, on mesin basuh. Selesai makan, bolehlah sidai baju.

Ros salute wanita yang punya ramai anak (4-5 orang), masih bekerja tetapi tetap uruskan sendiri anak-anak dan rumah. Tiada maid pulak tu.

Apa rahsia supermom-supermom ini?

Bila ditanya, mereka menjawab pengurusan masa sangat penting. Mereka tahu mana yang penting, mana yang urgent, mana yang boleh tunggu.

Mereka juga belajar untuk menerima “not perfect is ok”. Kalau anak-anak selerakkan mainan selepas dikemas, just tarik nafas dalam-dalam dan biarkan mereka bermain sepuasnya.

Kalau marah-marah, mood kita dan anak-anak juga tak ok. Kalau Ros masa ni, Ros akan telan B Complex untuk redakan sikit tekanan.

Sedarkah anda, masa kecil anak tak lama. Nanti bila mereka dah besar, mesti kita rindu masa-masa kecil mereka. Bila umur 13 tahun, mereka akan masuk ke asrama. Paling tidak, umur 18 tahun mereka akan ke menara gading pula.

 

Jadi, 13 tahun je mereka bersama kita di rumah. Marilah kita menikmati detik-detik ini dengan penuh kegembiran dan kegirangan.

 

Comments

  1. says

    Betul tu… Kena hargai masa bersama anak-anak…
    Bila difikirkan anak-anak ni, kadang tu saya dan isteri fikir lebih elok kalau mereka dapat kekal kecil macam sekarang ni… Masa nilah banyak kenangan indah bersama mereka… Tapi, hakikatnya masa akan terus berlalu meninggalkan kenangan…
    Anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge