Cara Semulajadi Untuk Hilangkan Whitehead

Assalamualaikum

Nak tahu tak cara semulajadi untuk hilangkan whitehead?

Jom Ros kongsikan 3 cara semulajadi yang anda boleh lakukan di rumah untuk hilangkan whitehead.

1. Rawatan steam

Ros ada kongsikan cara nak buat stream di rumah di entri sebelum ni.

Steam akan membantu membuka liang pori dan melonggarkan kotoran, minyak dan sel kulit mati di liang pori.

2. Baking soda

Baking soda merupakan agen pengelupasan lembut yang boleh digunakan untuk menanggalkan whitehead.

Caranya:
Bancuh satu sudu teh baking soda dengan sedikit air. Sapukan di tempat yang ada whitehead. Bilas selepas beberapa minit.

3. Oatmeal

Oatmeal juga boleh digunakan untuk scrub kulit wajah secara lembut. Selain itu, oatmeal juga berupaya menyerap lebihan minyak.

Caranya:
Campurkan oatmeal dengan sedikit air. Sapu pada wajah dan biarkan selama 10 minit. Scrub wajah anda dan bilas dengan air suam.

Mudahkan.. kos rawatan semulajadi untuk hilangkan whitehead ini juga murah je.

Selamat mencuba.

Comments

  1. says

    Wah, boleh buat tips ne .. Baru tau steam muka juga boleh hilangkan whitehead .. Sebab selalu buat untuk hilangkan jerawat sahaja .. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge