Cara Hilangkan Eye Bag Dengan Menggunakan Bahan Yang Ada Di Rumah

Assalamualaikum

Eye Bag atau lingkaran hitam di sekeliling mata boleh menjejaskan penampilan kita.

Perkara ini boleh berlaku jika anda tidak mendapat tidur yang cukup setiap hari.

Ros huraikan sebab-sebab terjadi lingkaran hitam bawah mata ini di entri yang lain ya.

Jika dibiarkan, masalah eye bag boleh menjadi bertambah teruk. Makin sukarlah untuk dipulihkan ke keadaan yang asal.

Jadi, eloklah anda ikhtiarkan untuk hilangkan eye bag anda seberapa segera sebelum anda dipanggil mata panda. Oppss..

Jom tengak cara hilangkan eye bag dengan menggunakan bahan yang ada di rumah:

1. Baking soda

Selain untuk hilangkan whitehead, campuran baking soda dan air juga boleh digunakan untuk kurangkan eye bag.

Caranya:
Baking soda dicampur dengan sedikit air untuk membentuk paste. Sapukan di bawah mata. Biarkan kering sehingga 5-10 minit. Sapu dengan tuala lembap untuk bersihkannya.

2. Uncang teh

Selepas ini anda boleh simpan uncang teh selepas buat satu teko air teh. Teh menpunyai sifat diuretik yang boleh mengurangkan bengkak bawah mata.

Caranya:
Rendam 2 uncang teh di dalam air suam. Biarkan sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam peti sejuk. Selepas itu, letakkan satu uncang di mata kanan dan satu uncang lagi di mata kiri. Biarkan selama 5 minit.

3. Hirisan timun

Yang ni mesti ramai yang dah tahu. Kita dah biasa dengarkan hirisan timun boleh menyegarkan mata yang letih dan mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.

Caranya:

Baring dan pejam kedua-dua belah mata. Letakkan hirisan timun di setiap mata. Pastikan bahagian bawah mata juga dilitupi dengan timun tersebut. Tunggu sehingga 10-15 minit.

Selepas ini, pastikan anda ada 3 bahan ini di rumah untuk hilangkan eye bag dengan pantas.

Nak lagi tips hilangkan eye bag?

Tunggu…

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge