Tips Pulang Beraya Ke Kampung Halaman

Assalamualaikum

Beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Sedih pula nak tinggal Ramadhan. Mudah-mudahan kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.

Ramai yang dah on mood raya kan. Ada yang dah dalam perjalanan menuju ke kampung halaman. Ambil cuti awal.

Ada yang tengah packing dan akan bertolak selepas habis kerja nanti. Ada yang akan bertolak hari Jumaat selepas subuh.

Sumber: The Star Online

Apa-apa pun, rancanglah perjalanan anda sebaiknya.

Ros nak kongsikan sedikit tips untuk pulang berhari raya.

 

Tips Pulang Beraya Ke Kampung Halaman

 

1. Sediakan checklist barang yang perlu dibawa balik.

Kalau nak balik beraya, sudah semestinya baju raya kena bawa balik kan.

Untuk perempuan, tudung, kerongsang usah dilupakan. Bagi lelaki, songkok, sampin dan butang baju melayu kena ada dalam checklist.

Kalau boleh sediakan checklist ni, dua tiga minggu sebelum nak balik kampung.

Dalam list Ros, kuih raya, kerepek pun ada untuk dibawa balik.

Dengan checklist ni, tiada barang penting akan tertinggal.

 

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik

Sebelum balik kampung, service dahulu kereta anda. Semoga anda selamat sampai ke destinasi masing-masing.

 

3. Isi minyak penuh

Kebiasaannya, kami akan isi minyak penuh sebelum memulakan perjalanan. Stesen minyak di sepanjang highway pasti banyak kereta masa musim perayaan ni.

Jadi untuk menjimatkan masa, isi dahulu di stesen minyak berdekatan rumah anda.

 

4. Letakkan anak-anak dalam car seat mereka

Ros agak risau bila anak-anak tak duduk dalam car seat mereka.

Demi keselamatan mereka, pastikan mereka dipakaikan seat belt dan duduk dalam car seat masing-masing.

 

5. Bawa bekalan makanan dan minuman

Perjalanan ke kampung semasa musim perayaan, biasanya lebih lama berbanding balik kampung pada masa lain.

Jika bertolak petang sebelum waktu berbuka, anda boleh tapau makanan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, pastikan ada bekalan air masak dan kurma di dalam kereta.

RnR juga mungkin penuh. Jadi, belilah apa-apa makanan yang sesuai dimakan di dalam kereta.

 

Itu sahaja 5 tips daripada Ros. Jika anda ada tips lain, sudikanlah berkongsi di ruang komen.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin. 🙂

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge