Balik Beraya Di Kampung 2017

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kami sekeluarga selamat sampai di kampung halaman, Kepala Batas semalam. Kami bertolak selepas kerja. Berbuka atas jalan semasa di Tapah. Ros dah tapau KFC siap-siap lepas keluar ofis semalam.

Gembira sungguh anak-anak balik kampung kali ini. Siap pesan taknak singgah mana-mana. Nak terus balik rumah tok.

Hari ni kami berbuka puasa di rumah famili Ros dahulu memandangkan malam nanti giliran menu berbuka abah di masjid.

Abah akan masak nasi beriani kambing. Petang nanti lepas siap masak, nasi beriani akan dihantar ke rumah.

Lepas berbuka baru kami balik ke kampung suami di Sungai Petani dan bermalam di sana pula.

Esoknya lepas berbuka balik ke kampung Ros semula untuk menyambut hari raya pertama di sini.

Seperti kebiasaannya balik raya kami berulang-alik antara Kepala Batas dan Sungai Petani. Mujur dekat je.

Giliran raya kami agak fleksibel. Selalunya akan diadjust ikut keadaan.

Memandangkan Ros lapan adik-beradik, baru 3 orang yang dah berkahwin. Ros dan adik no 1 kahwin dengan orang dekat-dekat sini juga. Yang adik no 2 kahwin dengan orang pahang.

Adik-adik yang bujang pastinya akan beraya di sini. Jadi, ramai orang di rumah mak abah.

Kalau belah suami tiada yang balik pada hari raya pertama, kami akan menyambut hari raya pertama di sebelah suami dahulu. Bagi meriah di rumah mertua Ros.

Tahun ini, belah suami ada yang balik beraya di rumah mertua Ros. Jadi, kami sekeluarga akan beraya di Kepala Batas dahulu.

Bagi anda yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung, Ros doakan anda selamat tiba di kampung halaman masing-masing.

Ros ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog SirapAnggur.com. Maaf zahir dan batin.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge