Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum

Raya tahun ini kebanyakkan daripada kita akan mengambil cuti 3 hari iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat untuk mendapatkan cuti yang panjang.

Bagi yang tidak mengambil cuti tambahan, tak apa. Pasti ada hikmahnya.

Gunakan cuti raya ini sebaik-baiknya untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan.

Menu semasa hari raya ini pasti mengujakan. Ketupat, rendang, lontong, kuah kacang, sate dan pelbagai jenis nasi. Itu belum lagi kuih dan biskut raya.

Demi kesihatan anda, makanlah berpada-pada semasa musim perayaan ni. Sebelum makan rendang ketupat, telanlah dulu Lecithin untuk memecahkan lemak yang anda makan agar tidak melekat di salur darah.

Kurangkan minum minuman manis dan bergas. Banyakkan minum air masak. Walaupun cuti, pastikan anda masih minum air masak lebih 2 liter sehari.

Ros doakan anda kekal sihat dan berseri sepanjang musim perayaan ini.

Kami di SirapAnggur.com ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge