Menu Hari Raya Pertama

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Masak apa untuk raya pertama ni?

Kami berpeluang makan nasi daging abah yang special di tengahari raya pertama.

Lepas balik dari solat hari raya, baru abah mula memasak. Ros tolong potong-potong tomato dengan bawang je.

Abah masak 4kg beras basmati. Jadinya, masak kat luar rumah.

Dari dulu lagi, dok tengok abah masak. Tapi tetap tak dapat buat sesedap yang abah buat.

Ros kongsikan gambar nasi daging hampir masak.

Sedap sangat nasi daging abah. Biasanya kami makan dengan daging masak ros, air asam dengan acar timun.

Lain kali lah Ros kongsikan resepinya ya.

Selamat berehat.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge