Follow:
Umum

Tips Bergambar di Aidilfitri

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Amboi berseri-seri semuanya kan.

Tahun ini kami memilih untuk sedondon hijau gelap. Khadijah je yang special sikit. Pakai baju kurung yang dihadiahkan oleh cikgu-cikgunya di taska.

Jom Ros kongsikan gambar raya kami tahun ini.

 

Tips nak bergambar semasa hari raya:

1. Ambil gambar seawal mungkin.

Pagi raya bila semua dah siap pakai baju raya, mulakan photoshot segera. Ini kerana bila anak-anak dah mula main dengan cousins mereka, susah nak suruh mereka bergambar.

Luqman asyik cakap je, dah dah lah tu ambil gambar. Huhu.

 

2. Ambil gambar di sebelah pagi

Bila dah tengahari, cuaca dah panas. Nak bergambar ramai-ramai ambil masa nak setting orangnya dan kameranya. Haha.

Lagi pun waktu tengahari, anak yang kecil pun dah mengantuk. Lagipun, waktu pagi, baju anak-anak pun belum comot lagi.

 

3. Set masa untuk bergambar ramai-ramai

Beberapa sebelum raya, pakat dengan adik-beradik, pukul berapa nak bergambar. Ramai-ramai ni macam-macam plan ada. Ada yang nak kena bertolak ke rumah mertua lepas tengahari.

Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai bagi semua ada kan. Jadi, setlah masa untuk bergambar.

 

Oklah. Tu je tips ringkas dari Ros.

Selamat hari raya aidilfitri daripada kami sekeluarga.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

10 Comments

  • Reply Wahidah Haron

    Bagus tips ni. Kami pun dapat bergambar awal pagi raya pertama ja. Tu pun anak-anak tidak mau tengok camera.

    28 June 2017 at 9:52 am
    • Reply SirapAnggur

      Kesian kat photographer suh anak tengok camera, tapi anak tak mau tengok juga. Huhu.

      6 July 2017 at 8:56 am
  • Reply jida

    tahun ni takde gambar raya..banyak gambar anak2..lain kali kena ikut tips ni lah..
    jida recently posted…Cara Menghilangkan Sunburn Dengan Cepat dan BerkesanMy Profile

    28 June 2017 at 3:42 pm
    • Reply SirapAnggur

      Gambar famili kena ambil awal-awal Jida. Gambar anak-anak sepanjang hari raya tu bolehlah candid.

      6 July 2017 at 8:55 am
  • Reply Solehah Khidir

    Jenuh nak suruh pandang kamera kalau bergambar dengan anak kecik
    Solehah Khidir recently posted…Haid Tidak Teratur Hampir 10 Tahun. Namun Semuanya Berubah Selepas Amalkan..My Profile

    28 June 2017 at 7:24 pm
    • Reply SirapAnggur

      Kena banyak bersabar kan.

      6 July 2017 at 8:53 am
  • Reply Sueanna

    Sya pn amalkn tips ni, mmang berkesan..tq

    28 June 2017 at 8:29 pm
  • Reply Collen

    Memang ambil pic awal pagi yg terbaik… Lagipun pencahayaan time pagi lebih bagus.. Tak panas…

    28 June 2017 at 8:31 pm
  • Reply YONG OI CHUNG @ SYLVIA YONG

    Betul sangat..
    Kalu lambat2 ambil gambar, anak2 dah mula drama dan bagai susah dah dapat gambar cantik

    29 June 2017 at 6:55 am
    • Reply SirapAnggur

      Tulah. Bergambar dengan anak kecil macam tu lah.

      6 July 2017 at 8:52 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.