3 Tips Pantas Untuk Dapatkan Kulit Cerah

Assalamualaikum

Ramai yang inginkan kulit yang cerah berseri. Bermacam-macam cara dicuba. Berbagai-bagai produk dibeli. Tetapi, kulit masih sama keadaannya. Gelap dan kusam.

Jika ini yang anda hadapi, anda boleh cuba 3 tips pantas untuk putihkan kulit ini. Yang Ros kongsikan ini menggunakan bahan semulajadi tau. Bukannya bahan kimia berbahaya tu.

3 Tips Pantas Untuk Dapatkan Kulit Cerah

 

1. Menggunakan lemon

lemon

Terdapat banyak kegunaan lemon. Selain digunakan dalam masakan, lemon juga membantu dalam detox badan serta pemutihan gigi.

Sejak bertahun-tahun yang lalu, lemon telah digunakan untuk memutihkan kulit. Ia memiliki keupayaan untuk melunturkan kulit secara lembut serta menanggalkan lapisan atas kulit iaitu sel-sel kulit mati.

Anda boleh campurkan 1 bahagian jus lemon dengan 1 bahagian air masak untuk cairkannya. Selepas itu, ambil bebola kapas dan celupkan dalam campuran dan air lemon tadi.

Sapukan ke seluruh wajah. Bilas selepas 15 minit dengan air suam.

Lakukan hanya 2-3 kali seminggu. Pastikan anda memakai pelembap selepas itu.

 

2. Masker tomato

Tomato sangat membantu untuk menghilangkan sunburn. Ia mencerahkan tona kulit anda serta menanggalkan sel-sel kulit mati.

Untuk membuat masker tomato, anda perlukan 1-2 biji tomato dan 2 sudu makan jus lemon.

Caranya, kisar kedua-dua bahan ini menggunakan blender. Sapu masker tomato di badan dan biarkan selama 10 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih.

 

3. Susu dan lemon

Susu juga merupakan agen pemutih. Sebab tu ada produk mandian ditambah dengan susu. Selain itu, susu juga boleh melembapkan kulit.

Dengan gabungan susu dan lemon, kulit tidak akan terlalu kering.

Untuk mencerahkan kulit, anda boleh campuran secawan susu ke dalam air mandian anda. Lebih mudah, jika rumah anda ada tab mandian. Selepas itu, tambah perahan jus dari sebiji lemon ke dalam air mandian tersebut.

Anda boleh berendam selama setengah jam sebelum mandi seperti biasa.

 

Tips mana yang paling anda suka? Cuba tau nanti.

Anda boleh juga baca kisah akak ni >> Dulu kulit gelap, sekarang dah cerah.

Tips Kekal Bersemangat Dalam Apa Jua Yang Dilakukan

Assalamualaikum

Sabtu lepas Ros ada buat sharing dengan kumpulan sokongan bisnes Ros. Dalam group kami, setiap hari ada tugasan yang perlu diselesaikan sebelum cut-off time yang telah disetkan oleh ketua.

Tugasan macam ni banyak mengajar kami untuk asah skill leadership dan beberapa skill lain. Best tau kumpulan sokongan kami.

Dalam kumpulan sokongan kami ada yang suri rumah dan ada yang bekerja sebagai guru, pensyarah dan juga engineer.

Baca juga >> Bagaimana ibu ini mengatasi keletihan menguruskan rumah tangga.

Tajuk sharing Ros adalah bagaimana nak kekal bersemangat dalam apa yang anda sedang usahakan, samada dalam kerjaya atau dalam bisnes.

Jom Ros kongsikan semula 3 isi penting bagaimana nak kekal bersemangat setiap hari.

 

1. Cintai apa yang anda lakukan

Tanpa perasaan cinta, kita sekadar buat apa yang disuruh atau apa yang perlu. Hasilnya ala kadar je nanti.

Tapi bila kita buat dengan penuh perasaan cinta, kita akan buat bersungguh-sungguh. Hasilnya sangat memuaskan hati.

Walaupun belum dapat hasil seperti yang anda nak, tapi anda tahu anda dah buat yang terbaik. InsyaAllah kejayaan pasti akan tiba.

 

2. Bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat

Bersyukur merupakan salah satu tanda anda redha dan berserah kepada Allah atas usaha yang telah dilakukan.

Biarkan kita baru merasai kejayaan yang kecil, kejayaan inilah yang perlu disyukuri dan diraikan.

Jika nikmat kecil pun susah kita nak syukuri, bagaimana Allah mahu kurniakan nikmat yang lebih besar?

Tak salah bermula dengan perkara kecil. Konsisten itu lebih baik daripada buat perkara besar. Tapi sekali je buatnya.

 

3. Visualisasikan apa yang ingin dicapai

Teknik ini sangat berkuasa. Umpama anda buat vision board dengan menampal gamabr apa yang anda nak capai dalam tempoh tertentu.

Bila hari-hari tengok, pasti anda bersemangat nak capai impian tersebut.

Bila rasa down, pandang vision board anda. Fikirkan mengenai big why anda, terus anda bangun dan berusaha kembali.

 

Baca juga entri Ros yang ini >> Tubuh lebih bertenaga walaupun sibuk bekerja.

Oklah. Setakat ini sahaja sharing Ros. Semoga bersemangat mengejar impian anda. 🙂

Dulu Kulit Gelap, Sekarang Dah Cerah

Assalamualaikum

Masa Ros kecil dulu-dulu, kulit Ros agak gelap. Sebabnya dulu Ros suka main panas, berjemur kat luar.

Bila dah pindah ke Kuantan masa darjah empat, Ros jadi seorang yang pemalu. Jarang dah keluar main kat luar. Masa tu agaknya kulit Ros makin cerah.

Selepas melanjutkan pelajaran ke Jerman, cuaca di sana kurang memberi masalah kepada kulit Ros. Syukur, alhamdulillah.

Bila pulang ke Malaysia, kulit Ros mula ada masalah. Memang kena cuci muka kerana kerap berminyak. Masalahnya, Ros tak jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit Ros.

Boleh baca seterusnya kisah Ros dan pencuci muka di entri sebelum ini >> Pencuci muka buat kulit lembut dan tidak pedih selepas dicuci.

 

Hari ni Ros nak kongsikan bagaimana kulit akak sorang ni, dulu gelita, sekarang makin cerah.

Boleh tengok gambar di bawah. Gambar dulu dan gambar kini. Banyak perbezaan.

Itulah kesan yang dirasai oleh pengamal Set Radiant 4.

Jom tengok satu lagi testimoni.

Cuba lihat gambar akak ni semasa dia baru ada 2 orang anak dengan gambar semasa ada 4 orang anak.

Makin berserikan wajahnya sekarang. Anak berderet tak menjadikan rupanya nampak tua. Sebaliknya nampak lagi muda!

 

Hebatnya penangan Set Radiant 4. Seperti namanya, Radiant 4 memang menjadikan pengamalnya cantik dan berseri.

Ada 4 item dalam Set The Radiant 4 ini iaitu:

1. Energizing Soy Protein

2. Collagen Powder

3. Vitamin C Sustained Release

4. GLA Complex

 

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk maklumat lanjut.

Nak order terus pun boleh. Klik je sini >> ORDER SET RADIANT 4.

Kisah Akak Jururawat 5 Tahun Dihantui Masalah Jerawat

Assalamualaikum

Kulit berjerawat amat dibenci oleh kaum wanita. Ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan tahap keyakinan diri. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerjanya perlu berhadapan dengan orang seperti kerjaya jururawat.

Anda mungkin terpaksa mengabaikan pandangan mata yang memandang ketika berurusan dengan rakan sekerja dan juga pesakit.

Jauh di sudut hati, anda pasti nak kurangkan jerawat yang bermaharajalela di wajah anda. Paling tidak, tiada lagi jerawat baru yang naik yang meninggalkan parut. Bekas jerawat pula, anda mahu dia hilang dan kembali licin.

Kalau anda nak tahu, jerawat ni salah satu proses nak keluarkan toksin dari badan.

Sumber toksin ni macam-macam. Boleh datang daripada fast food, MSG, syampoo, sabun, pewangi bilik yang kita guna.

Asap rokok juga toksin. Sebab tu, orang merokok ni kulitnya kusam, berminyak, berjerawat, gelap dan sebagainya.

Sebagai seorang jururawat, anda pasti tahu, kesan asap rokok kepada perokok dan juga orang sekeliling. Jadi, jauhilah asap rokok.

Macam cik Misi kita ni, Ms Reva , dek kerana nak hilangkan jerawat, bermacam-macam skincare dia cuba. Buat treatment dengan pakar kulit pun dah. Tapi jerawat datang balik.

Akhirnya, dia merasakan perlu merawat masalah jerawat ni dari dalam secara semulajadi. Terjumpalah dia dengan supplemen Shaklee.

Supplemen Shaklee yang dia mula-mula ambil adalah Vitamin C Sustained Release dan juga GLA Complex.

Vitamin C Shaklee merupakan antioksidan yang membantu mengecutkan jerawat dia dengan cepat.

GLA Complex pula membantu mengurangkan parut jerawat serta menstabilkan hormon dia.

Selepas itu, Ms Reva tambah pula dengan ESP dan Collagen Powder.

ESP merupakan serbuk protein yang penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang baru. Protein merupakan makanan sel-sel kulit kita. Bila cukup makanan, sel-sel kita akan sihat. Itulah kunci kepada kulit sihat dan cantik.

Collagen Powder pula membantu menganjalkan kembali kulit serta memudarkan parut. Bila diambil dengan konsisten, kesan parut semakin pudar.

Dalam gambar di bawah, kita boleh tengok kesan jerawat di wajah Ms Reva semakin pulih. Tak seteruk dahulu.

Asbab pengambilan supplemen semulajadi dan juga proses penyembuhan dari dalam, masalah jerawat boleh diatasi.

Selepas mengamalkan Set Radiant 4 ni, Ms Reva sangat gembira dengan kulit wajahnya yang semakin baik tu.

Cuba bayangkan kulit Ms Reva selepas dia konsisten amalkan set ini beberapa bulan lagi. Mesti makin berseri. 🙂

Set Radiant 4 ini tahan sehingga sebulan lebih. Jadi, lebih berbaloi anda mendaftar menjadi ahli untuk konsisten amalkan set ini sehingga dapat kulit wajah yang anda idamkan.

Bila anda mendaftar sebagai ahli, anda dapat menikmati harga yang 10-15% lebih rendah daripada harga retail. Dapat cash bonus pulak tu dalam RM 23 pada bulan berikutnya.

Wow. Jimat sangat bila jadi ahli ni.

Boleh klik sini untuk whatsapp Ros terus >> saya nak jadi ahli dan order Set Radiant 4.

Ros akan balas whatsapp anda secepat yang boleh.

Izinkan Ros bantu anda dengan masalah kulit anda. Keberkesanannya nanti bergantung kepada keadaan kulit wajah anda.

Rahsia Kecantikan Dalaman Wanita

Assalamualaikum

Sebagai seorang wanita, kita seharusnya menitik beratkan kecantikan dalaman dan juga luaran.

Bukan sekadar bermekap untuk tampil cantik, pastikan juga dalaman kita tip-top. Lebih-lebih lagi wanita yang juga seorang isteri dan juga ibu.

Ros nak kongsikan kisah akak ni yang mengamalkan Set Radiant 4 untuk cantik luar dan dalam.

Ikuti dahulu perkongsian akak ni. Ros terangkan kemudian apa yang ada dalam Set Radiant 4 ini.

Alhamdulillah. Masalah period pain akak ni dah selesai. Tiada lagi masalah ‘kering’ semasa bersama suami.

Ros cadangkan anda yang dah berusia 40an untuk amalkan Set Radiant 4 demi kesihatan dan kecantikan anda.

Berbaloi tau melabur duit untuk kekal sihat dan cantik untuk suami tersayang. 🙂

Anda boleh hubungi Ros di 019-367 3245 untuk pembelian Set Radiant 4. Konsultasi terbaik eksklusif untuk pelanggan Ros.