Tips Kekal Bersemangat Dalam Apa Jua Yang Dilakukan

Assalamualaikum

Sabtu lepas Ros ada buat sharing dengan kumpulan sokongan bisnes Ros. Dalam group kami, setiap hari ada tugasan yang perlu diselesaikan sebelum cut-off time yang telah disetkan oleh ketua.

Tugasan macam ni banyak mengajar kami untuk asah skill leadership dan beberapa skill lain. Best tau kumpulan sokongan kami.

Dalam kumpulan sokongan kami ada yang suri rumah dan ada yang bekerja sebagai guru, pensyarah dan juga engineer.

Baca juga >> Bagaimana ibu ini mengatasi keletihan menguruskan rumah tangga.

Tajuk sharing Ros adalah bagaimana nak kekal bersemangat dalam apa yang anda sedang usahakan, samada dalam kerjaya atau dalam bisnes.

Jom Ros kongsikan semula 3 isi penting bagaimana nak kekal bersemangat setiap hari.

 

1. Cintai apa yang anda lakukan

Tanpa perasaan cinta, kita sekadar buat apa yang disuruh atau apa yang perlu. Hasilnya ala kadar je nanti.

Tapi bila kita buat dengan penuh perasaan cinta, kita akan buat bersungguh-sungguh. Hasilnya sangat memuaskan hati.

Walaupun belum dapat hasil seperti yang anda nak, tapi anda tahu anda dah buat yang terbaik. InsyaAllah kejayaan pasti akan tiba.

 

2. Bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat

Bersyukur merupakan salah satu tanda anda redha dan berserah kepada Allah atas usaha yang telah dilakukan.

Biarkan kita baru merasai kejayaan yang kecil, kejayaan inilah yang perlu disyukuri dan diraikan.

Jika nikmat kecil pun susah kita nak syukuri, bagaimana Allah mahu kurniakan nikmat yang lebih besar?

Tak salah bermula dengan perkara kecil. Konsisten itu lebih baik daripada buat perkara besar. Tapi sekali je buatnya.

 

3. Visualisasikan apa yang ingin dicapai

Teknik ini sangat berkuasa. Umpama anda buat vision board dengan menampal gamabr apa yang anda nak capai dalam tempoh tertentu.

Bila hari-hari tengok, pasti anda bersemangat nak capai impian tersebut.

Bila rasa down, pandang vision board anda. Fikirkan mengenai big why anda, terus anda bangun dan berusaha kembali.

 

Baca juga entri Ros yang ini >> Tubuh lebih bertenaga walaupun sibuk bekerja.

Oklah. Setakat ini sahaja sharing Ros. Semoga bersemangat mengejar impian anda. 🙂

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge