Tempat-Tempat Menarik Di Langkawi Untuk Dilawati Bersama Anak

Assalamualaikum

Awal bulan November ni Ros berpeluang bercuti ke Pulau Langkawi bersama 3 orang anak. Lama betul tak ke sini. Rasanya kali terakhir pergi sebelum pregnant anak sulung. 5 tahun lepas lah maksudnya.

Seronok betul anak-anak Ros datang sini. Kami datang dengan menaiki kapal terbang dari KLIA2, lagilah mereka suka. Last trip kami dengan menaiki kapal terbang adalah tahun 2016 ke Korea Selatan.

Jom Ros kongsikan tempat-tempat menarik di Langkawi yang anda boleh lawati bersama anak-anak.

1. Underwater World

2. SkyCab

3. 3D Art

4. SkyBridge

5. SkyDome

6. Wildlife park

7. Crocodile Adventureland

8. Upside Down

9. Pantai Cenang

10. Dataran Lang

Sebenarnya kami baru 2 hari sini. Baru explore Underwater World dan juga SkyCab, 3D Art, Sky Bridge dan SkyDome. Anak-anak memang enjoy walaupun nampak mereka kepenatan sedikit.

Ada banyak lagi tempat yang menarik di sini. Memang best sangat kalau bawa anak-anak bercuti di sini.

Bila diorang dah besar sikit nanti, bolehlah naik ATV dan juga naik boat ke pulau berhampiran.

Tak sabar tunggu esok. Malam ni kena telan Ostematrix bagi hilang lenguh-lenguh badan dukung Khadijah. Nasib baik pakai baby carrier. Kalau tak, boleh tercabut tangan Ummi dia dukung seharian. Hehe.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge