Menarik di Upsidow Langkawi

Assalamualaikum

Pagi tadi tanpa dirancang kami melawat Upsidow- Turn Your World Upside Down. Asalnya mahu ke pekan Kuah. Tapi Luqman nak sangat tengok benda yang ada di bumbungnya rumah terbalik ni.

Kami sampai pukul 10:05 pagi. Rasanya kamilah orang pertama yang datang pagi tadi.

Ingatkan tiada yuran atau minimum je yurannya. Rupa-rupanya boleh tahan yuran masuk. RM 50 untuk kami sekeluarga.

Sebenarnya di situ juga ada pakej tiket masuk beserta makanan. Memandangkan kami baru sahaja selesai sarapan pagi, jadi memang kami pilih untuk bayar tiket masuk sahaja.

Masuk ke dalam rumah terbalik ini, anda perlu memakai selipar yang disediakan. Anak-anak juga perlu membuka kasut mereka. Anda perlu membawa kasut anak-anak bersama kerana di tingkat paling atas mereka perlu memakai kasut.

Ruang di dalam rumah terbalik ni sangat kemas dan nampak seperti baru. Rumah ini lengkap dengan ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan tak lupa juga garaj kereta.

Jom Ros kongsikan gambar kami yang pertama kali melawat rumah terbalik.

Teruja anak-anak bila Ros tunjuk gambar ni.

Aiks.. kenapa jadi macam ni.

Bilik tidur di Upsidow.

Tandas di Upsidow.

Maryam nampak Hello Kitty. Dia minta Ummi  ambilkan gambar dia.

Abi Luqman, Maryam dan Khadijah di garaj kereta.

Inilah tujuan utama Luqman nak datang sini. Dia nak tengok transformer yang ada di atas bumbung tu.

Transformer ni kalau anda lalu dari Kedawang nak ke Beras Terbakar ataupun ke SkyCab, mesti nampak. Tu yang tersinggah tu. Huhu.

Kat atas bumbung tu,  anak-anak kena pakai kasut sebabnya lantainya jenis grill. Berlubang-lubang.

 

Kalau anda ada kelapangan masa boleh lah melawat Upsidow semasa berada di Langkawi. Kami berada di sini lebih kurang sejam. Tapi bagi anda yang suka ambil gambar, bolehlah duduk lama-lama di sini.

Kalau datang belah petang, tunggulah sehingga matahari terbenam. Cantik sangat Ros tengok gambar sunset dari sini. Boleh makan-makan tau. Ada gerai menjual burger dan juga pasta.

Selamat bercuti!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge