Sepetang Di Pantai Cenang, Langkawi

Assalamualaikum

Apa aktiviti hujung minggu anda?

Ros sekeluarga sempat ke Pantai Cenang petang tadi.

Dari pagi hujan renyai-renyai, mujur berhenti sekejap petang tadi.

Dapatlah anak-anak Ros main pasir sebelum kena berlari-lari anak pulang ke bilik hotel.

Bukan main suka Khadijah bila Ros biarkan duduk di atas pasir. Mengantuk-mengantuk pun masih boleh senyum lagi. Nasib Ummi perasan dia cuba masukkan cengkerang ke dalam mulut dia.

Seronok tengok Khadijah explore keadaan di pantai. Merasa ombak lalu kena kaki comel dia tu. Tengok kapal terbang melintasi di langit Langkawi. Merasa butir-butir pasir dengan jarinya.

Kakak dan abangnya sibuk main dengan pasir. Penyedok dan segala mould tu kami bawa dari KL. Mujur sempat main pantai.

Walaupun singkat berada di pantai, tengok mereka main dengan gembira, berbaloi lah stay dekat dengan pantai.

Esok kalau tak hujan, bolehlah mandi di kolam.

Seronok gembirakan yang tersayang. Mudah-mudahan kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki selalu.
Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge