Pengalaman Menarik Di 3D Art Langkawi

Assalamualaikum

Ros ke Langkawi baru ni sempat melawat 3D Art Muzium. Wah teruja betul tengok art yang banyak di sana. Nak posing macam mana pun tak tak tahu.

Inilah pengalaman pertama Ros ke 3D Art Muzium. Masa ke Melaka dulu, tak sempat singgah ke 3D Art Melaka. Kagum dengan lukisan-lukisan yang ada di sana.

Jom lah tengok pose Ros dan anak-anak.

Enjoy..

Luqman berjaya panjat pokok buloh.

Seramnya duduk kat tepi gaung ni.

Hati-hati Luqman dan Maryam.

Maryam… Besarnya bubble ni.

Ummi… tengok ni. Luqman main wau bulan.

Luqman, Maryam… ada orang ambil gambar kita lah.

Hehe… ada banyak lagi gambar. Tak teredit lagi.

Luqman dan Maryam seronok posing dan bergambar di sini. Khadijah macam biasa jadi koala. Tak lepas dari ummi dia.

Anak-anak anda pasti suka juga datang ke 3D Art muzium ni.

Lepas dah naik SkyCab, anda teruslah ke 3D Art Muzium ni. Dekat-dekat je tempatnya dari tempat naik kereta kabel tu.

Nanti Ros kongsikan gambar permandangan sepanjang naik SkyCab tu pulak ye. 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge