Tajamkan Minda Dengan Membaca

Assalamualaikum

Dulu masa sekolah rendah, kalau Cikgu tanya apa hobi Ros pasti Ros jawab membaca.

Masa kecil-kecil dulu, Ros tak pergi pun kedai buku untuk beli buku. Dulu kat sekolah seingat Ros ada pameran jual buku. Masa tu beli buku sebuah je. Bahan bacaan Ros yang lain, buku pinjam dari perpustakaan dan juga majalah Colgate.

Itulah kenangan hobi membaca masa zaman kanak-kanak.

Sekarang bila fikir balik, apa hobi Ros, Ros macam susah nak jawab. Sebabnya tiada masa untuk baca buku. Siang pergi kerja. Balik kerja masak. Layan anak-anak. Settlekan hal bisnes sebelum tidur.

Rutin ni berulang sampaikan Ros rasa berkarat otak ni. Buku ada. Tapi tak habis baca lagi.

Akhirnya, semalam Ros ambil keputusan untuk beli buku nipis sikit. Haha. Target nak habis baca weekend ni juga. Alhamdulillah habis juga baca petang tadi. Good job Ros. Heee..

Dah ada beberapa buah lagi menanti untuk dibelek dan dibaca hasil tangkapan Big Bad Wolf siang tadi. Haha. Semangat membaca datang semalam terus pagi tadi serang MIECC, The Mines.

Lepas habis baca sebuah buku barulah rasa lega otak ni umpama macam diberi makan dengan input-input yang positif. Barulah banyak idea akan datang.

Kalau anda rasa macam tak berkembang je pemikiran, duk fikir benda yang sama, bacalah buku. Pilih topik ikut minat atau bacalah tentang topik peningkatan diri atau motivasi.

Tak rugi pun melabur duit beli buku. Membaca boleh menajamkan fikiran.

Tak rugi pun melabur duit beli vitamin. Vitamin meningkatkan tahap kesihatan kita.

Ingat ni.

Health is the real wealth.

Kenapa Makan Vitamin Tak Berkesan Pun?

Assalamualaikum

Kenapa saya makan vitamin ni tak berkesan pun?

Kenapa saya makan vitamin untuk kecantikan kulit, kulit saya masih naik jerawat?

Kenapa saya makan set kurus tapi saya masih tak kurus-kurus?

Ini antara keluhan yang biasa Ros dengar daripada pembeli vitamin dan supplemen.

Berdasarkan pemerhatian Ros ada beberapa perkara yang pembeli vitamin dan supplemen ini terlepas pandang.

1. Tidak mengamalkan vitamin dan supplemen yang dibeli. Makan Tak konsisten. Macam mana nak berkesan? Sebab tu Ros kategorikan mereka sebagai pembeli bukan pengamal vitamin.

2. Kurang minum air. Air sangat penting untuk proses tubuh kita. Bila ambil vitamin, kena cukupkan keperluan air anda supaya badan dapat menyerap nutrisi daripada vitamin yang anda ambil.

Setiap 25kg berat badan, anda perlu minum 1 Liter air. Kebanyakan kita perlu minum 2-3 Liter air sehari. Mereka yang berbadan besar, perlu minum lebih banyak air.

3. Tak ikut cara makan yang betul. Tahukah anda setiap vitamin ada masa makan yang optimum. Ada pantang larang juga. Sebagai contoh, ada yang tidak boleh diambil dengan susu. Ada yang kena ambil waktu malam.

Jadi, pastikan anda dapatkan maklumat ini daripada pengedar vitamin anda tau. Kalau anda beli dari laman e-commerce, memang tak dapat cara makanlah. Jadi belilah dengan pengedar yang sah.

4. Banyak toksin dalam badan. Tanpa kita sedari, setiap hari kita terdedah kepada toksin. Di persekitaran kita. Dalam udara yang kita hidu. Dalam produk penjagaan diri yang kita guna, dalam makanan segera yang kita makan. Boleh anda bayangkan banyak mana toksin ada dalam badan kita.

Jika anda tidak pernah buat detoks sebelum ini, Ros cadangkan anda detoks dulu sebelum sambung makan vitamin yang anda ambil. Bila toksin dan dikeluarkan, baru senang nutrisi vitamin anda diserap oleh badan.

Cuba anda fikirkan dan renungkan dulu apa sebab vitamin yang anda makan tu tak berkesan?

Jujur dengan diri sendiri tau.

Kalau perlu detoks dulu, anda boleh hubungi Ros dengan whatsapp di link ini:
http://tanyarosahmad.wasap.my/

Ros boleh cadangkan program detoks mana yang sesuai untuk anda.

Pengedar Shaklee Taman Tun Dr Ismail, KL

Assalamualaikum

Anda tinggal di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan ingin dapatkan produk Shaklee?

Anda boleh hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapatkan produk Shaklee.

Antara Set Shaklee yang diminati ramai:

1. Set Energy For Life ( 2 botol Vivix )

2. Set Daily Essential ( ESP, Vit C, Omega Guard, B-Complex )

3. Set Detoks ( vivix, peppermint, herbalax, DTX, Alfalfa)

4. Set Prenatal ( ESP, Vit C, Omega, B-complex, Ostematrix)

5. Set Postnatal ( ESP, Vit C, Omega, B-complex, Ostematrix, Alfalfa )

6. Set Kecantikan ( Vivix, ESP, Vit C, GLA, Collagen, Omega, Vit E )

Set Kecantikan merupakan set yang paling femes di SirapAnggur.com. Tak kira apa pun masalah kulit anda, Ros akan bantu sedaya upaya Ros untuk memperbaikinya.

Anda boleh rujuk sini masalah kulit yang sedang anda hadapi:

1. Kulit berjerawat
2. Kulit ada parut jerawat
3. Jeragat
4. Kulit kusam
5. Kulit berminyak
6. Kulit tidak anjal

Sebarang pertanyaan dan konsultasi bolehlah hubungi Ros di link whatsapp ini >> http://tanyarosahmad.wasap.my/

Ros boleh COD ke Taman Tun Dr Ismail dan kawasan sekitarnya seperti Mutiara Damansara dan Damansara Perdana.

Apa Yang Ada Dalam Produk Skincare Youth Shaklee?

Assalamualaikum

Skincare Shaklee yang terbaru iaitu Youth dihasilkan oleh barisan saintis dan juga pakar kulit bertaraf dunia. Semestinya dikaji dengan teliti sebelum dipasarkan.

Jom Ros perkenalkan apa keistimewaan Set Skincare ini.

Youth merupakan set penjagaan wajah anti-penuaan yang direka untuk memperbaiki tekstur kulit, menyerikan, menegangkan serta mengurangkan kedutan.

Apa yang ada dalam Skincare Youth Shaklee?

1. Luminous Gel Oil Clenaser iaitu pencuci bebas sabun dan mempunyai pH yang seimbang. Ia menyental dan membersihkan wajah anda dengan lembut.

2. Perfecting Skin Toner pula adalah toner yang membantu menyegarkan kulit anda yang lesu dengan menanggalkan sel kulit mati, menghidratkan dan mencerahkan kulit.

3. Youth Activating Serum adalah serum dengan 10 kali ganda bahan aktif yang memperbahrui kulit dari peringkat sel. Hasilnya kulit kelihatan muda remaja.

4. Age Defense Mineral Moisturizer adalah pelembap yang mengandungi SPF 30 untuk melindungi kulit daripada sinaran uv berbahaya. Pelembap ini membantu melembapkan kulit serta meratakan tona kulit.

5. Advanced Renewal Night Cream merupakan krim malam yang membantu memperbahrui kulit anda ketika anda sedang tidur. Campuran botani yang terdapat dalam krim malam ini menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin seterusnya menjadikan kulit lebih anjal dan muda.

Setiap produk dalam rangkaian Skincare Youth ini mengandungi bahan anti-penuaan yang dijamin meremajakan kulit.

Satu kajian telah dibuat. Hasilnya..

Selepas menggunakan Skincare Youth, 100% pengguna wanita mempunyai kulit yang lebih muda.

2/3 mereka berjaya menjadikan usia kulit mereka sedekad lebih muda. Best kan.

Tak sabar pulak.

Jom sama-sama nantikan kemunculan produk Skincare Youth tak lama lagi.

Ada Ke Cara Putihkan Kulit Dengan Cepat?

Assalamualaikum

Berbalik kepada tajuk entri ini, ada ke cara putihkan kulit dengan cepat? Ros ingin bertanya kepada anda secepat mana anda nak dapat kesan pemutihan kulit bila anda guna sesuatu produk? Sehari? Seminggu?

Agak pelik jika ada orang yang berkulit hitam manis hari ni, esoknya anda jumpa dia berkulit cerah pulak.

Kan.. kan.

Tahukah anda kulit kita bertukar atau diperbahrui lebih kurang setiap 40 hari?

Menurut Dr. Obagi, satu kitaran lengkap proses kulit bermula daripada saat ia terbina di lapisan paling bawah di epidermis sampailah ia matang di permukaan kulit dan tertanggal sebagai sel kulit mati. Proses ini mengambil masa lebih kurang 6 minggu.

Jadi, jika seseorang itu tiba-tiba berkulit cerah dalam masa yang singkat, besar kemungkinan, proses pemulihan kulitnya berlaku secara tidak semulajadi.

Tentu anda pernah dengar cara putihkan muka guna beras?

Caranya begini:
Goreng sedikit beras bersama sesudu gula dan garam. Bila beras dah kekuningan, masukkan dalam blender. Blend bersama sedikit air sehingga menjadi paste.

Ambil paste beras ini dan sapukan di wajah. Tunggu sehingga kering. Bila dah kering, buat gerakan membulat seperti anda nak scrub. Bilas dengan air suam.

Dengan cara ini anda sebenarnya menanggalkan sel-sel kulit mati di permukaan kulit. Kulit mati yang tidak ditanggalkan itu lah yang menyebabkan wajah anda kelihatan gelap dan kusam.

Nasihat Ros, usah terlebih tonyoh. Ditakuti kulit anda jadi merah-merah.

Ada satu lagi cara putihkan kulit secara semulajadi iaitu dengan mengamalkan supplemen untuk kesihatan kulit.

Ini 3 produk putihkan kulit secara semulajadi yang Ros nak cadangkan untuk anda.

1. ESP: sumber protein yang sangat diperlukan oleh sel-sel badan sebagai makanannya. Analogi mudah untuk pemahaman anda: Bila sel-sel badan kita mendapat makanan yang cukup iaitu protein, sel-sel kita pun jadi sihat. Bila sihat, kulit pun jadi cantik berseri.

2. Vitamin C: merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Dengan teknologi pelepasan masa, badan akan mendapat bekalan vitamin c selama 5 jam. Vitamin c juga penting dalam proses pencerahan kulit.

3. Vivix: juga satu antioksidan yang sangat berkuasa dalam memperbaiki kerosakan sel-sel badan kita. Bila sel kita sihat, anda dapat memiliki kulit yang cantik, pinkish dan bersinar.

Pengambilan supplemen ini bukan setakat muka, tetapi boleh putihkan badan sekali. Ye lah sel-sel satu badan akan diperbahrui secara semulajadi dari dalam.

Dengan pengambilan yang konsisten, anda bakal memiliki kulit yang lebih sihat dan cantik.

Ros kongsikan testimoni ya.

Satu lagi testimoni daripada pengamal Vivix.

Ingin mencuba Set Kecantikan Kulit ini?

Anda boleh hubungi Ros di http://tanyarosahmad.wasap.my/.

Jom pilih produk yang semulajadi untuk kulit anda.

Produk Skincare Youth Shaklee Sesuai Juga Untuk Lelaki

Assalamualaikum

Dalam banyak-banyak prospek yang contact Ros untuk masalah kulit wajah, kebanyakan mereka adalah kaum lelaki.

Masa kini kaum lelaki turut mementingkan penampilan diri. Satu lagi yang Ros respek mereka ni memilih produk yang selamat.

Bercakap mengenai produk yang selamat, Ros nak perkenalkan produk Skincare Youth Shaklee yang bakal memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi.

Sebenarnya Ros sendiri sangat teruja kerana dalam setiap produk di bawah Skincare Youth ni mengandungi Reveratrol iaitu agen antioksidan yang terbaik untuk memperbaiki sel-sel yang rosak serta melindungi kulit daripada radikal bebas.

Apa maksudnya ni?

Ini bermakna masalah kulit wajah dapat diatasi dengan lebih pantas bila anda amalkan Skincare Youth Shaklee ni.

Jom Ros kongsikan beberapa testimoni orang yang dah menggunakan produk Youth daripada Shaklee ni.

Shaklee Youth Before and After:

Abam ni nampak bertambah muda selepas mengamalkan Youth Shaklee selama 3 minggu. Kulit dia nampak segar dan anjal kan?

Jom tengok seorang lagi kaum Adam yang amalkan Youth.

Boleh nampak dengan jelas yang kedutan di wajah lelaki ini semakin berkurangan. Tak nampak kendur dah kulitnya.

Wooww sangatkan kesan pengambilan produk Youth.

Untuk menjadi antara yang pertama menggunakan Shaklee Youth Skincare, anda boleh tinggalkan no mobile anda dengan klik link di bawah:
http://tanyarosahmad.wasap.my/

Masuk je Youth ke pasaran Malaysia, Ros akan whatsapp anda secepat mungkin.

3 Cara Elak Blackhead Muncul Di Wajah

Assalamualaikum

Kulit muka yang berminyak memerlukan penjagaan wajah yang lebih teliti berbanding mereka yang memiliki kulit jenis normal. Tetapi ini tidak bermakna mereka yang memiliki kulit jenis normal tidak perlu melakukan rutin penjagaan harian untuk wajah.

Secantik mana pun kulit wajah anda, jika tidak dijaga wajah anda boleh nampak tua sebelum masanya.

Baca tips awet muda dalam entri >> Bagaimana nak nampak awet muda?

 

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan blackhead, anda boleh mengubah rutin penjagaan wajah anda agar masalah kulit anda tidak berlarutan.

Blackhead mudah terjadi bila kelenjar minyak menghasilkan terlalu banyak sebum. Sel-sel kulit mati yang tersumbat di liang pori akan menyebabkan benjolan yang dipanggil comedo.

Jika benjolan ini terbuka dan terdedah kepada udara, ia akan kelihatan hitam. Sebab itu namanya blackhead.

 

Boleh ke nak hilangkan blackhead ni?

Ros ada kongsikan caranya. Baca entri Ros yang ni >> Cara mudah hilangkan whitehead dan blackhead.

 

Jom Ros kongsikan 3 cara untuk elakkan blackhead muncul di wajah.

 

1. cuci wajah dengan kerap

Apabila anda bangun tidur anda perlu mencuci wajah anda. Begitu juga sebelum anda masuk tidur. Pasti wajah anda bebas daripada minyak dan juga mekap.

Pilih pencuci muka yang lembut agar ia tidak merengsakan kulit anda.

Jika anda memiliki rambut yang panjang, seeloknya cuci rambut anda dengan kerap kerana rambut yang berminyak boleh menyumbang kepada masalah blackhead juga jika kerap tersentuh dengan kulit wajah anda.

 

2. Pilih produk bebas minyak

Mereka yang memiliki kulit berminyak harus memilih produk penjagaan wajah yang bebas minyak. Mekap, losyen dan juga krim pelindung matahari juga mestilah yang bebas minyak atau noncomedogenik.

 

3. Guna scrub dan juga masker

Scrub dan masker membantu untuk menanggalkan sek-sel kulit mati dan juga menanggalkan blackhead. Cukup melakukan rutin scrub 1-2 sekali dalam seminggu.

 

Nak tahu masker kegemaran Ros? Nanti Ros kongsikan ye..

Kehebatan Resveratrol Yang Ada Dalam Vivix Shaklee

Assalamualaikum

Ros nak kongsikan kehebatan supplemen Resveratrol daripada Shaklee ni.

Dalam satu sudu Vivix mengandungi Resveratrol macam dalam 100 gelas wain.

Untuk yang muslim, confirm anda tak boleh ambil alkohol. Jadi, anda boleh ambil vivix yang ada sijil halal ISA yang disahkan oleh JAKIM.

Dalam Vivix bukan setakat ada Resveratrol, tapi ada 15 polifenol lagi yang menjadikan vivix ni 10x ganda lebih berkuasa daripada supplemen Resveratrol lain.

Apa fungsi Resveratrol?

Resveratrol membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan sel daripada peringkat DNA lagi.

Bila sel-sel kita rosak, senang sangat kena penyakit seperti kencing manis, sakit buah pinggang dan darah tinggi.

Jadi, eloklah jaga diri kita sementara sihat ni. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Melaburlah untuk dapatkan supplemen Resveratrol Shaklee ni.

Bulan ni ada promo tau. Klik link merah ini untuk tanya Ros dengan lebih lanjut:
http://tanyarosahmad.wasap.my/