Ada Ke Cara Putihkan Kulit Dengan Cepat?

Assalamualaikum

Berbalik kepada tajuk entri ini, ada ke cara putihkan kulit dengan cepat? Ros ingin bertanya kepada anda secepat mana anda nak dapat kesan pemutihan kulit bila anda guna sesuatu produk? Sehari? Seminggu?

Agak pelik jika ada orang yang berkulit hitam manis hari ni, esoknya anda jumpa dia berkulit cerah pulak.

Kan.. kan.

Tahukah anda kulit kita bertukar atau diperbahrui lebih kurang setiap 40 hari?

Menurut Dr. Obagi, satu kitaran lengkap proses kulit bermula daripada saat ia terbina di lapisan paling bawah di epidermis sampailah ia matang di permukaan kulit dan tertanggal sebagai sel kulit mati. Proses ini mengambil masa lebih kurang 6 minggu.

Jadi, jika seseorang itu tiba-tiba berkulit cerah dalam masa yang singkat, besar kemungkinan, proses pemulihan kulitnya berlaku secara tidak semulajadi.

Tentu anda pernah dengar cara putihkan muka guna beras?

Caranya begini:
Goreng sedikit beras bersama sesudu gula dan garam. Bila beras dah kekuningan, masukkan dalam blender. Blend bersama sedikit air sehingga menjadi paste.

Ambil paste beras ini dan sapukan di wajah. Tunggu sehingga kering. Bila dah kering, buat gerakan membulat seperti anda nak scrub. Bilas dengan air suam.

Dengan cara ini anda sebenarnya menanggalkan sel-sel kulit mati di permukaan kulit. Kulit mati yang tidak ditanggalkan itu lah yang menyebabkan wajah anda kelihatan gelap dan kusam.

Nasihat Ros, usah terlebih tonyoh. Ditakuti kulit anda jadi merah-merah.

Ada satu lagi cara putihkan kulit secara semulajadi iaitu dengan mengamalkan supplemen untuk kesihatan kulit.

Ini 3 produk putihkan kulit secara semulajadi yang Ros nak cadangkan untuk anda.

1. ESP: sumber protein yang sangat diperlukan oleh sel-sel badan sebagai makanannya. Analogi mudah untuk pemahaman anda: Bila sel-sel badan kita mendapat makanan yang cukup iaitu protein, sel-sel kita pun jadi sihat. Bila sihat, kulit pun jadi cantik berseri.

2. Vitamin C: merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Dengan teknologi pelepasan masa, badan akan mendapat bekalan vitamin c selama 5 jam. Vitamin c juga penting dalam proses pencerahan kulit.

3. Vivix: juga satu antioksidan yang sangat berkuasa dalam memperbaiki kerosakan sel-sel badan kita. Bila sel kita sihat, anda dapat memiliki kulit yang cantik, pinkish dan bersinar.

Pengambilan supplemen ini bukan setakat muka, tetapi boleh putihkan badan sekali. Ye lah sel-sel satu badan akan diperbahrui secara semulajadi dari dalam.

Dengan pengambilan yang konsisten, anda bakal memiliki kulit yang lebih sihat dan cantik.

Ros kongsikan testimoni ya.

Satu lagi testimoni daripada pengamal Vivix.

Ingin mencuba Set Kecantikan Kulit ini?

Anda boleh hubungi Ros di http://tanyarosahmad.wasap.my/.

Jom pilih produk yang semulajadi untuk kulit anda.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge