Follow:
Umum

Kenapa Makan Vitamin Tak Berkesan Pun?

Assalamualaikum

Kenapa saya makan vitamin ni tak berkesan pun?

Kenapa saya makan vitamin untuk kecantikan kulit, kulit saya masih naik jerawat?

Kenapa saya makan set kurus tapi saya masih tak kurus-kurus?

Ini antara keluhan yang biasa Ros dengar daripada pembeli vitamin dan supplemen.

 

Berdasarkan pemerhatian Ros ada beberapa perkara yang pembeli vitamin dan supplemen ini terlepas pandang.

 

Sebab-Sebab Vitamin Yang Dimakan Tak Berkesan

 

1. Tidak mengamalkan vitamin dan supplemen yang dibeli.

Makan Tak konsisten. Macam mana nak berkesan? Sebab tu Ros kategorikan mereka sebagai pembeli bukan pengamal vitamin.

 

2. Kurang minum air.

Air sangat penting untuk proses tubuh kita. Bila ambil vitamin, kena cukupkan keperluan air anda supaya badan dapat menyerap nutrisi daripada vitamin yang anda ambil.

Setiap 25kg berat badan, anda perlu minum 1 Liter air. Kebanyakan kita perlu minum 2-3 Liter air sehari. Mereka yang berbadan besar, perlu minum lebih banyak air.

 

3. Tak ikut cara makan yang betul.

Tahukah anda setiap vitamin ada masa makan yang optimum. Ada pantang larang juga. Sebagai contoh, ada yang tidak boleh diambil dengan susu. Ada yang kena ambil waktu malam.

Jadi, pastikan anda dapatkan maklumat ini daripada pengedar vitamin anda tau. Kalau anda beli dari laman e-commerce, memang tak dapat cara makanlah. Jadi belilah dengan pengedar yang sah.

Baca juga >> Risiko beli produk Shaklee melalui laman e-commerce.

 

4. Banyak toksin dalam badan.

Tanpa kita sedari, setiap hari kita terdedah kepada toksin. Di persekitaran kita. Dalam udara yang kita hidu. Dalam produk penjagaan diri yang kita guna, dalam makanan segera yang kita makan. Boleh anda bayangkan banyak mana toksin ada dalam badan kita.

Jika anda tidak pernah buat detoks sebelum ini, Ros cadangkan anda detoks dulu sebelum sambung makan vitamin yang anda ambil. Bila toksin dan dikeluarkan, baru senang nutrisi vitamin anda diserap oleh badan.

 

Cuba anda fikirkan dan renungkan dulu apa sebab vitamin yang anda makan tu tak berkesan?

Jujur dengan diri sendiri tau.

 

Kalau perlu detoks dulu, anda boleh hubungi Ros dengan whatsapp di link ini:
http://tanyarosahmad.wasap.my/

Ros boleh cadangkan program detoks mana yang sesuai untuk anda.

Boleh baca lanjut di sini >> Jenis-jenis detoks yang anda perlu tahu.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply Irni Suhan

    Oh, maksud nye ade faktor lain yang buatkan vitamin yg kita makan tu tak berkesan ye.

    18 December 2017 at 12:27 am
    • Reply SirapAnggur

      Iya Irni.
      Membazir duit je kalau makan tak berkesan. sebab tu kena selidik kenapa vitamin yang kita makan tak berkesan.

      22 December 2017 at 8:26 am
  • Reply Raihanah

    mesti ada sebab kalau tak berkesan
    Raihanah recently posted…Polifenol Kekalkan Paras Gula Darah NormalMy Profile

    18 December 2017 at 8:40 am
    • Reply SirapAnggur

      Aah. Dah laburkan duit untuk beli vitamin, mesti nak dapat kesan maksimum daripada pelaburan kita kan.

      22 December 2017 at 8:24 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.