Follow:
Hobi

Tajamkan Minda Dengan Membaca

Assalamualaikum

Dulu masa sekolah rendah, kalau Cikgu tanya apa hobi Ros pasti Ros jawab membaca.

Masa kecil-kecil dulu, Ros tak pergi pun kedai buku untuk beli buku. Dulu kat sekolah seingat Ros ada pameran jual buku. Masa tu beli buku sebuah je. Bahan bacaan Ros yang lain, buku pinjam dari perpustakaan dan juga majalah Colgate.

Itulah kenangan hobi membaca masa zaman kanak-kanak.

 

Sekarang bila fikir balik, apa hobi Ros, Ros macam susah nak jawab. Sebabnya tiada masa untuk baca buku. Siang pergi kerja. Balik kerja masak. Layan anak-anak. Settlekan hal bisnes sebelum tidur.

Rutin ni berulang sampaikan Ros rasa berkarat otak ni. Buku ada. Tapi tak habis baca lagi.

 

Akhirnya, semalam Ros ambil keputusan untuk beli buku nipis sikit. Haha. Target nak habis baca weekend ni juga. Alhamdulillah habis juga baca petang tadi. Good job Ros. Heee..

Syukurilah setiap kejayaan kecil yang anda capai. Boleh senang kejayaan besar nak datang melekat dengan anda.  🙂

 

Dah ada beberapa buah lagi menanti untuk dibelek dan dibaca hasil tangkapan Big Bad Wolf siang tadi. Haha. Semangat membaca datang semalam terus pagi tadi serang MIECC, The Mines. Pertama kali Ros datang sini selepas berjaya ajak encik husband pergi sekali. Tahun depan boleh ulang pergi BBW ni.

 

Lepas habis baca sebuah buku barulah rasa lega otak ni umpama macam diberi makan dengan input-input yang positif. Barulah banyak idea akan datang.

Kalau anda rasa macam tak berkembang je pemikiran, duk fikir benda yang sama, bacalah buku. Pilih topik ikut minat atau bacalah tentang topik peningkatan diri atau motivasi.

 

Tak rugi pun melabur duit beli buku. Membaca boleh menajamkan fikiran.

Tak rugi juga melabur duit beli vitamin. Vitamin meningkatkan tahap kesihatan kita.

Ingat ni.

Health is the real wealth.

Setuju?

Share on
Previous Post Next Post

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.